𝟎𝟏

611 22 7
                                    

"Hurm

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Hurm..apa lagi ye?" Sophea membelek dirinya di hadapan cermin sebelum tersenyum lebar. Comel gak aku ni AHAHAHAHAHAHA, okey tiber.

"ADIKK, TURUN MAKANNN! " jerit Puan Sarah kedengaran diluar bilik.

ASTAGHFIRULLAHAL'AZIM MAMA! kuat sangat jerit tu ma. Dada diurut sedikit, melegakan debaran hati yang terkejut itu.

"Okey, ma!"

Kakinya melangkah menuruni anak-anak tangga yang menghala ketingkat bawah. Sampai sahaja dia menuruni anak tangga yang terakhir, terlihat kelibat seseorang di tempat meja makan.

"Morning abah, mama.." Sophea memandang lalu membalas senyuman abah. Tuan Yazid yang sudah bersiap untuk pergi ke tempat kerja memandangnya dengan senyuman pada pagi itu. Tuan Yazid ialah seorang Pensyarah di sebuah Universiti terkemuka di Malaysia.

Puan Sarah yang baru keluar dari dapur dengan membawa seteko air kopi, menyedari kehadiran Sophea disitu menghadiahkan senyuman. Lalu meletakkan teko itu di atas meja makan itu.

"Adik jom makan.. Mama masak makanan kegemaran adik ni" ujar Puan Sarah sejurus itu mengambil tempat duduk berdekatan dengan Tuan Yazid.

Aduh, sedap pula mama masak harini. Tu lah kau nak sangat puasa sunat kan.

"Kenapa dik? Tak nak makan ke?" tanya mama dengan kekeliruan dikepalanya. Tak pernah pernah anak daranya menolak bila orang mengajak makan.

"Hehehe.. Adik puasalah ma, sorry.." Sophea merapat kedua-dua telapak tangan memohon maaf dengan senyuman lebar pada mama.

"Ala tak apalah. Kenapa anak mama ni siap awal sangat ni?" tanya mama lagi. Abah yang dari tadi hanya jadi pendengar sambil menikmati masakan mama. Malas Tuan Yazid itu mahu masuk campur percakapan itu. Barangkali sudah biasa.

"Adik nak pergi sekolahlah mama." senggihnya makin melebar.

Ni Sophea Nadine lah, first time dalam seumur hidup siap awal. Heh, semata-mata nak pergi cepat.

Puan Sarah terkejut lalu memandang jam dinding. "Cepat sangat adik bersiap. Ha! adik tolong pergi kejutkan abang. Abang tak bangun bangun daripada tadi puas mama kejutkan." bebelnya, lebar.


Aduh! abang yang buat hal tak pasal-pasal aku juga kena bebelan mama. Siap kau abang! Bentakku.

"Ha sekejap."jawab Sophea lalu meletakkan beg galas pada sofa ruang tamu. Dia terus berlari mendaki anak tangga. Di depan bilik abang Farisz..

TOK TOK TOKKK!!

Pintu bilik abang Farisz ITU diketuk berkali-kali dengan kuat. "BANGUN!! BANGUN!! API !! API!!" kuat jeritannya sambil tersengih.

𝐒𝐘𝐄𝐃 𝐀𝐄𝐃𝐄𝐍 𝐅𝐀𝐘𝐘𝐀𝐃𝐇 [C]Where stories live. Discover now