-Esok-
'Harini aku ada meeting dengan tuan Chanyeol. Erghh. Aku harap anak orang tu tak pandang aku lebih-lebih macam semalam'
kata kau dalam hati sambil memandu kereta .
-Moonlight Company-
Kau duduk dekat meja kau.
"Min young, pukul 9 di bilik mesyuarat ye?"
kata mrs Lee lalu masuk ke bilik nya. Kau mengeluh.
Hye rin dengan sung rin datang dekat meja kau.
'apa lagi budak kembar ni nak?'
kau cakap dalam hati.
"Fighting Min young!"
kata mereka dan lari.
"yah ! aishh jinjja!"
muka kau kelat. Kau hidupkan komputer dan mulakan kerja kau. baru pukul 8:30 pagi, mesti lambat lagi Tuan Chanyeol nak datang.
"Hai ? Minyoung !"
sapa seorang lelaki. Kau pandang lelaki yg berada di depan meja kau. Kau bangun.
"hmm.. ne, annyeonghaseyo Tuan Chanyeol"
acuh tak acuh je kau jawab. Chanyeol pandang kau. Lama.
"kenapa tuan pandang saya cemtu?"
kau tanya. Chanyeol balik ke realiti.
"Aniyo. Awak cantik harini. Dah la warna baju kita sama"
kata Chanyeol sambil kenyit mata. Kulit kau dah tebal sebab tahan malu. Then kau pandang baju yg tersarung dekat badan kau.
warna biru ! Sama pulak tu !
tetibe mrs Lee keluar dari bilik dia.
"Annyeonghaseyo tuan Chanyeol. Dah rapat eh?"
usik mrs Lee. perghh ! lagi ah kau malu ! Chanyeol hanya sengih macam kerang wangi.
'ergh ! aku benci tengok senyuman dia tu!'
bebel kau dalam hati.
-Bilik mesyuarat-
bla bla bla bla
"ehem! saya nak buat pengumuman sikit."
kata Chanyeol. Kau pandang Chanyeol yang tengah berdiri.
"Saya dan Min Young akan berkahwin lagi dua bulan. So, jemput datang ke majlis perkahwinan kami nanti. Tarikh dan masa nanti Minyoung akan bagitau"
kau yang tengah minum air terus tersedak. Muka kau merah ! Chanyeol panik.
"Semua boleh bersurai"
kata mrs Lee. Dengan serta merta bilik mesyuarat tu tinggal kau berdua je.
"Tuan Chanyeol ni kebulur nak berbini ke apa hah ?! Harini baru hari jumaat dan saya tak bagi lagi jawapannya!"
marah kau.
"Saya tau awak akan terima, Minyoung. Takkan lah awak nak bagi syarikat ni muflis"
kata chanyeol dengan senyuman sinis di hujung bibirnya. Kau terdiam.
"Fine ! saya akan kawin dengan Tuan, tapi Tuan kena tau yang saya ni masih ada mak ayah. Dan yang paling penting, saya ni pisau cukur. Tuan tak takut ke kalau saya kikis harta Tuan?"
Soal kau. Sengaja kau menyatakan yang kau ni pisau cukur dengan harapan Chanyeol akan membatalkan niatnya untuk berkahwin dengan kau.
"Kikis lah. Harta saya berlambak. Tujuh keturunan pun takkan habis"
Riak Chanyeol.
"Aishh.. saya ni tak reti masak. Jadi tuan tak payah lah kawin dengan saya"
cuba nasib lagi.
"tak reti masak takpe. Nanti boleh belajar"
Kau mendengus. Telefon bimbit kau berdering. Kau nak keluarkan telefon kau, tapi dirampas oleh Chanyeol.
kau terkejut. Dia ambik nombor kau.
'What the ?! arghhh ! aku stress dengan semua ni'
"Esok saya datang rumah awak"
kata chanyeol lalu pergi keluar dari bilik tersebut.
"Datanglah ! macam awak tau rumah saya!"
kau kemas semua barang dan pergi dari situ.
YOU ARE READING
Unexpected Marriage [Chanyeol Fanfic]
FanfictionSebuah perkahwinan yang tidak dirancang sama sekali. "Kau pehal kacau aku tak tentu pasal?! " - Minyoung "Aip.. jangan tinggikan suara dengan suami.. hahahahah" - Chanyeol hari-hari bergaduh menimbulkan perasaan yang aneh dalam hati Minyoung.