Part 39

3K 163 1
                                    

Masuk hari keempat kau masih tak sedarkan diri, EXO melawat chanyeol yang berada dekat hospital.

"Chanyeol, makan ah bubur ni. Sedap tau"

Kata Luhan sambil menyuakan semangkuk bubur ayam kepada Chanyeol. Tapi Chanyeol menolak mangkuk itu perlahan. Seleranya hilang sejak kau tak sedarkan diri. Masing-masing pandang. Dorang semakin risau dengan Chanyeol yang semakin kurus dan takut Chanyeol akan jatuh sakit.

"Janganlah macam ni kawan. Minyoung nanti bangun lah tu. Kau ni, makan lah bubur yg Luhan hyung bagi tu"

Lay cuba memujuk.. Chanyeol hanya menggelengkan kepala. Luhan meletakkan mangkuk tersebut dekat atas meja kecil di sebelahnya. Semua mengeluh bila tengok keadaan Chanyeol yang nampak lain. Dulu dia lah yang paling ceria, sekarang senyap je .

"Chanyeol"

Kris memanggil . Semua mata memandang ke arah Kris.

"waeyo hyung?"

Sahut Chanyeol lemah dengan kepalanya yang masih menunduk memandang ke permukaan lantai.

"Makan lah bubur tu. nanti sakit"

Kris bersuara. Yang lain hanya mengangguk. Kyungsoo di sebelah menepuk-nepuk belakang Chanyeol seolah-olah memujuk dan memberi semangat.

"Hyung kena makan. Nanti cemana kalau noona bangun and nampak hyung serabut macam ni ? Lagi ah dia risau . Nah.. Makan bubur ni. Saya dengan Lay hyung yang buat tadi"

Kata kyungso.. Lantas Luhan menghulurkan mangkuk bubur tu kepada Chanyeol lagi. Chanyeol memandang bubur tu then ambik. Lantas sudu dicapai dan disuakan ke mulutnya. Semua senyum. Lepas habis Chanyeol makan.. Xiumin, baekhyun, kai dengan sehun balik.. Xiumin kena ambik Hyemin dekat rumah sewanya memandangkan makcik dorang ada buat makan-makan sikit. Baekhyun, kai dengan Sehun pulak dating memanjang.

"Jom pergi cafe jap"

Kata Chen. Dorang pun keluar dari bilik wad dan pergi ke cafe yang berada di tingkat bawah sekali.

Luhan, kyungsoo dengan Lay dah balik lepas lepak dekat cafe.. Tinggal ah Kris, Tao, suho, chen dengan Chanyeol. Dorang jalan menuju ke wad kau sama-sama.

"Hyung tunggulah !"

Jerit Chen dekat Suho yang berjalan lebih cepat daripada diorang berempat.

"Malas ah. korang jalan macam pengantin. Lambat !"

Kata Suho kemudian memulas tombol pintu.

"Woi ! Kau buat apa tu ?!"

Jerit Suho. Dorang berempat terus berhenti. Chanyeol yang rasa tak sedap hati terus lari menuju ke pintu. Ada seorang lelaki keluar dari wad kau , lari lintang pukang. Suho sudah terbaring dekat atas lantai dengan kesan darah yang mengalir. Ada kayu baseball disebelahnya.

"Korang ! kejar lelaki tu ! Chen ! Panggil doktor ! Palli !"

Arah Chanyeol. Kris dengan Tao mengejar lelaki tersebut. Chen sudah berlari untuk mencari doktor. Suho sudah pengsan sebab belakang kepala dia kena hentak dengan kayu baseball.

Chanyeol masuk ke dalam bilik tu dan dia nampak ada orang yang cuba matikan mesin penyambung nyawa yang membantu kau .

"Yah !"

Kelam-kabut orang tu berlari. Tapi malang, Lengannya dipegang kuat oleh Chanyeol sehingga menyebabkan orang tu menjerit kesakitan.

"Arghhh !!"

Chanyeol bukak topeng yang dipakai oleh orang tu..

"Dara ?!"

Lantas Chanyeol menarik Dara keluar dari bilik tu untuk memberikan ruang kepada doktor yang mahu memeriksa keadaan kau dan jururawat yang membawa Suho keluar dari bilik tu.

Chanyeol memandang Dara dengan pandangan yang sangat tajam. Chen berada di hujung koridor , menelefon semua member EXO dan kawan-kawan kau. Kris dengan Tao datang. dorang bawak lelaki tadi.

"Dara, kenapa kau buat semua ni ?! Kau nak bagi Minyoung mati ke hah ?! Kau tau tak, kalau kau matikan mesin tu, isteri aku boleh mati ??!!! kau tau tak ???!!!!"

Suara Chanyeol tak dapat dikawal lagi. Bergema kawasan tu dengan suara dia.

"Aku tau ! Sebab tu aku nak matikan mesin tu supaya dia mati ! Bila dia mati, aku akan dapat kau !!!"

Jerit Dara. Kesabaran Chanyeol tak dapat dibendung lagi lantas dia menampar pipi Dara. mata dia mula berair..

"Aku tak sangka kau macam ni ! Namja ni siapa ? orang kau ? Chen ! kau telefon polis !"

"Sekarang aku dah puas hati dengan apa yang aku buat. Huru-harakan rumah tangga kau dengan sekarang Minyoung tak sedarkan diri"

Lelaki yang dikenali sebagai Roy tu hanya memandang Dara.

"Dara upah aku suruh hentak belakang kepala siapa yang masuk ke bilik wad tu dulu. Dia suruh aku hentak sebab dia nak matikan mesin tu !"

Roy bersuara. Semua yang berada disitu terkejut dengan pengakuan Roy termasuk Dara.

"Polis kejap lagi sampai. Padan muka kau Dara"

Kata Chen. Sambil menjelirkan lidahnya.

"Noona. Datang hospital kejap. About Dara."

Panggilan dimatikan. Chanyeol hanya menunduk lemah di sofa yang tersedia di dalam bilik tu ditemani oleh baekhyun, kai, sehun, xiumin, ara, sungrin, hyerin, jira dan hyemin.

"Apa yang berlaku sebenarnya Chanyeol. Nasib baik Minyoung selamat"

Soal Baekhyun. Ara dengan Hyemin duduk dekat tepi katil. Sungrin dengan Hyerin sudah tertidur di sebelah Hyemin. Ara menepuk-nepuk belakang tapak tangan kau perlahan while Hyemin membetulkan rambut kau. Jira hanya duduk dekat sebelah ara.

"Dara. Dia cuba bunuh Minyoung. Bila aku-"

"MWO ? DARA CUBA BUNUH MINYOUNG ?!!"

Tiba-tiba suara Mingi muncul. Semua tak perasan yang Mingi dah terpacak dekat pintu..

"Dia cuba bunuh Minyoung dan Suho tau tak ?!"

Kata Mingi dengan air mata yang bertakung di tubir matanya. Semua yang berada dekat dalam wad tu diam. Tak berani menjawab soalan Mingi yang masih dalam keadaan terkejut tu.

Unexpected Marriage [Chanyeol Fanfic]Where stories live. Discover now