Part 40

3.2K 164 0
                                    

"Minyoung ah. Ireona. Lepas ni kau tak kena kacau dah sebab Dara dah kena tangkap dengan polis atas cubaan membunuh. Ireona. Jira dengan Ara nak kawin ni weh, takkan kau taknak bangun ? Bangunlah wehhh.."

Kata Hyemin sambil menepuk-nepuk lengan kau. Kepalanya dibaringkan disebelah kau. Jari kelingkingnya memegang jari kelingking kau seolah-olah sedang berjanji. Hanya ada Xiumin, hyemin dengan Chanyeol je dalam wad tu. Yang lain semua dah balik. Tindakan dan kata-kata yang keluar dari mulut Hyemin membuatkan Chanyeol dan Xiumin saling berpandangan..

"Hyung. Bawak lah Hyemin balik. Nanti dia sakit lah pulak"

Bisik Chanyeol. Xiumin mengangguk dan memegang bahu kanan Hyemin..

"Wae? Hyemin nak duduk sini. Nak jaga Minyoung. Bos, boleh tak esok saya cuti?"

Chanyeol terdiam..

"Jom lah balik"

Kata Xiumin then tarik tangan Hyemin keluar dari bilik tu. Sempat jugak Hyemin melambaikan tangannya dekat kau yang masih tak sedarkan diri..

-2 hari kemudian-

"Adoi sakitnya belakang aku.. Aigoo"

Kata Chanyeol sambil mendepakannya tangannya kemudian dia letak balik kepala dia dekat sebelah lengan kau.. Chanyeol hanya memandang jari runcing kau.

'Jari ni lah yang suka tarik telinga aku'

Kata Chanyeol dalam hati sambil tersengih macam kerang terlebih wangi 2 botol. Tetibe jari kau bergerak. Kejap ke kiri kejap ke kanan. Chanyeol terus bangun dan memanggil doktor yang bertugas untuk merawat kau.

Dah macam reunion dekat depan bilik wad kau. Semua ada. EXO, Mingi, Yoora dan kawan-kawan kau. Pintu bilik terbukak lantas Chanyeol terus lari mendapatkan doktor Jiyeon.

"Keadaan Puan Minyoung dah stabil. Masa saya check keadaan dia tadi, dia dah sedarkan diri."

Semua saling berpandangan sambil tersenyum lega.

"Kamsahamnida"

Kata Chanyeol. Tetibe semua nak masuk bilik kau serentak

"Eh. Sabar sabar. Dahulukan family ya? Saya mintak diri dulu"

Semua menunduk dan doktor jiyeon pun pergi.

"exo mohon sabar ya. Disebabkan saya abang ipar Minyoung, so saya masuk dulu."

"Aish ! neo jinjja !"

Kata Exo. Chanyeol , suho , yoora dan Mingi masuk ke dalam wad kau.

Pintu bilik ditolak , kau pun menoleh. Kau nampak Chanyeol. Weak smile.

"Oppa……"

Kata kau lemah. Kau cuba untuk duduk tapi dihalang oleh Mingi..

"Minyoung ah. Bogoshippeo.. Oppa nak mintak maaf sebab dah sakitkan hati syg"

Kata Chanyeol.. Kau menggeleng perlahan..

"Dah lah oppa. Lupakan je.. Saya pun rindukan oppa jugak.. kenapa oppa nampak kurus je ni?"

Perbualan kau dengan Chanyeol hanya diperhatikan oleh Yoora, Mingi dan Suho..

"Oppa hilang selera nak makan.."

"Lain kali makan"

Kata kau sambil menarik telinga Chanyeol.. Tetibe pintu bilik terbukak.. Terbeliak bijik mata kau dengan Chanyeol.

"Hyung ! bangunlah ! woi sehun ! oii !"

Kata Kai sambil menarik tangan Sehun dan Luhan yang sudah terjatuh di depan pintu masuk

"heheheh.. Jwisonghaeyo.. Silalah sambung drama hindustan korang"

Kata Luhan sambil menggaru belakang kepalanya yang tak gatal

"Mende hyung ni ? aish"

Kata Sehun lalu menutup pintu bilik wad. Bersatu gelak korang dalam bilik tu..

"Siapa tu?"

Soal kau sebab kau tak pernah nampak lelaki tu melainkan Sehun..

"Luhan hyung.. dekat luar tu ramai lagi.. ada exo dengan kawan-kawan syg"

Jawab Chanyeol sambil usap kepala kau.. Yoora datang

"Tengok drama korang sampai tahun depan tak habis. Minyoung~ Makan bubur ni, biar ada tenaga.. arasseo ?"

Kata Yoora kemudian meminta diri untuk keluar..

"Ne.. Eh, suho oppa ? kenapa kepala berbalut ?"

Semua mata memandang ke arah Suho..

"takde apaa.. eh, Chanyeol panggil ah dorg masuk.. kitorang berdua mintak diri dulu.. jangan lupa makan bubur tu minyoung"

Kata suho kemudian keluar dari wad tu dengan Mingi..

"Oppa... anak kita… ada lagi kan ?"

Chanyeol hanya mampu menggeleng.. Kau rasa nak menangis tapi kau tahan.. Tetiba ramai masuk bilik kau..

"Tepi-tepi ! oi sehun ! tepi ! Aku nak jumpa kawan aku. Tepi !!"

Kata Hyemin sambil menolak sehun ketepi

"eih dia ni.. harap je noona aku, tapi perangai cam budak.. pigidah"

Kata Sehun sambil tolak bahu Hyemin ketepi.. Badannya terdorong ke tepi sebab kena tolak dengan Sehun. nasib baik tak terjatuh..

"Lembiknya kau ni.. tolak sikit nak jatuh dah.."

Semua mata terarah ke Sehun dan Hyemin.. Semua tahan gelak..

"Eh dah ! Korang berdua ni kalau berjumpa gaduh je kerja"

Kata Lay. Lantas Hyemin lari ke katil mendapatkan kau

"Woi kawan. Seronok tido ?"

"hahahahah.. Kau ni mulut becok ah.. Tengok kembar, jira dengan ara ni, senyap je.. kau je dari tadi berceloteh.. Hmm.. oppa, yang ni sape?"

Soal kau sambil menuding jari  ke arah Tao..

"Oh lupa pulak nak kenalkan.. Yang mata hitam kat bawah tu, nama dia Tao.. Yang mulut dia macam heart shape tu nama dia D.O"

Tao dengan D.O melambaikan tangan dan kau memberikan senyuman lemah..

"Yang tinggi macam namsan tower ni, Kris hyung"

Kris yang rasa diri dia diperli terus menunjukkan penumbuk dekat Chanyeol.. Kau tergelak kecil

"Ni Luhan hyung.. yang terjatuh tadi tu dia ah"

Luhan hanya tersenyum sambil membetulkan topi merahnya..

"Yang ada dimple tu , Lay hyung. Yang muka macam unta tu, Chen"


Selepas 1 jam bilik kau bising akhirnya senyap jugak.. Kau cakap dekat Chanyeol yang kau nak tidur balik sebab penat..

Unexpected Marriage [Chanyeol Fanfic]Where stories live. Discover now