[ Chanyeol P.O.V ]
"Masuk harini, dah 8 hari aku dekat Jepun.. Aigoo.. bila lah kerja aku nak habis ni.. Anak aku~"
Bebel kau sensorang.. Tetibe ada orang tepuk bahu kau.. Kau menoleh.. Kai rupanya..
"Hyung.. kwaenchanayo?"
Soal Kai prihatin..
"hmm.. hyung risau dekat minyoung ni.. dah lah dia tengah mengandung, hyung pulak kena outstation.. aigoo.."
Kai menepuk-nepuk bahu aku seolah-olah bagi semangat..
"Hyung.. Noona okay punya lah.. lagipun hyung nak risau apa ? Yeochin saya dengan sehun kan ada tengok-tengokkan Minyoung.. Kalau sungrin dengan Hyerin kerja pun, ada maid yang tengokkan noona kan? Sokay lah hyung.. tak ada apa punya"
aku tersenyum dengar ayat dari si jongin ni.. sejak bila pemikiran dia ni matang sangat ? hahahah.. ada betul jugak apa yang Kai cakap tadi..
"eh, kau ni pergi tidur lah.. Keluar-keluar.. hyung nak tido dah ni"
kai mencebik then dia pun keluar.. baru je aku nak lelapkan mata, tetiba ada orang call.. walaupun nombor telefon dah delete, aku masih hafal siapa punya tuan kepada nombor ni.
'Chanyeol ! Aku tau kau dekat Jepun sekarang kan? Aku nampak kau dekat hotel tadi' -Dara
'Kau nak apa hah ? Aku malas ah nak sms kau' -Aku
'Yeol.. aku nak kita couple macam dulu-dulu boleh ?' -Dara
'Kau merepek apa ni Dara ? Aku dah ada isteri tau tak ? Dah lah Dara, pergi jelah dekat namchin-namchin kau tu..' -Aku
'Woi Chanyeol ! Kau nak aku upah orang apa-apakan Minyoung ke ? Kalau taknak kau kena couple dengan aku sebab.....' -Dara
Kata-kata Dara terhenti membuatkan aku rasa makin pelik..
'Sebab apa ha ? Aku nak tido ni, cepat sikit cakap tu !' -aku
'Sebab.... AKU MENGANDUNG ANAK KAU !!!!' -Dara
'WOI ! KAU CAKAP APA NI HA ?! Hei Dara , kau dengar sini eh. Aku tak pernah sentuh kau. Arasseo ? cemana pulak kau boleh mengandung ?' -Aku
'Aku memang mengandung anak kau. Kau taknak mengaku ? Kalau taknak, aku akan bunuh isteri kau ! dah lah rampas kau dari aku ! -Dara
Panggilan dimatikan.. aku terduduk sebab tak tau cemana Dara boleh jadi cemni.
"Minyoung… maafkan oppa"
Aku berkata dalam nada perlahan kemudian aku terus sms Dara
'ok. kita couple balik.'
Aku rasa berat hati nak tekan butang sent. Mianhaeyo Minyoung !
[ End of Chanyeol P.O.V ]
…
Tengahari tu ni kau duduk sensorang dekat rumah sebab Hyerin , sungrin dengan Jira kerja. Maid pulak balik sebab anak dia diserang demam panas. Baru je kau nak tengok tv tiba-tiba pintu rumah diketuk.. kau pun berjalan ke arah pintu dan bukak..
"Oppa !"
Kau memeluk Chanyeol tapi dia tak balas pelukan kau.. Kau leraikan pelukan tetibe muncul Dara dari belakang..
"D...Dara... Kau buat apa dekat sini ?"
Soal kau gementar. Chanyeol hanya menayangkan riak muka biasa je..
"Aku mengandung !"
Kata Dara dengan bangga. Kau semakin bingung dengan apa yang berlaku sekarang ni..
"Me... mengandung ?? Kalau kau mengandung kenapa ikut Chanyeol balik ?"
Kau pandang ke arah Chanyeol yang hanya menunduk je dari tadi. Air mata dah bertakung. Tunggu masa je nak gugur.
"Dah aku mengandung anak dia, aku ikut ah dia balik"
"Mwo ??? Oppa.... betulke ?"
Soalan kau diabaikan oleh Chanyeol. Dia terus berlalu naik ke tingkat atas. Dara pun ikut jee Chanyeol.. Air mata kau menitis juga..
-malam-
"Oppa, esok kita shopping nak?"
Soal Dara dengan nada yang sengaja dilentokkan. Kau hanya memendam perasaan tengok dia.
"Malas . Penat ."
Chanyeol pandang ke arah kau yang duduk depan dia. Terus mati selera kau nak makan bila tengok dua manusia tu . Kau terus lari ke tingkat atas dan masuk kebilik.. Tetibe Dara muncul.
"Kau buat apa dalam bilik ni ? sini bilik aku dengan Chanyeol . Bilik kau dekat sebelah"
Kau pandang Dara dengan pandangan maut. Kau pergi ke pintu tetibe ada Chanyeol.
"Min-"
"Jangan panggil dan sebut nama aku . aku benci kau ."
Kata kau kemudian pergi ke bilik sebelah. Kawan-kawan kau dah balik ke rumah dorang petang tadi . Nasib baik dorang tak dapat hidu kehadiran Dara dalam rumah tu sebab masa tu Dara keluar jumpa kawan. Dalam bilik tu, kau menangis sepuas-puasnya.. Perasaan sayang yang selama ni kau pendam terhadap Chanyeol makin pudar. Kau tertidur dengan sisa air mata.
…
Pagi tu kau masak pancake untuk kau sorang je. Buat apa nak masak untuk dorang. Dara tu ada kan ? boleh lah dia masakkan untuk si capang tu..
masa kau tengah makan tu tetibe Dara muncul dekat meja makan.
"Woi, pancake dua"
"Kau kebulur ? Masak lah sendiri . Aku bukan kuli kau . Aku masak untuk aku sorang je ."
Kata kau kemudian berlalu ke arah sinki . Tetibe badan kau terjatuh sebab Dara tolak kau. Perbuatan Dara , Chanyeol nampak . Kau pegang perut kau yang tetibe rasa sakit dan pedih . Dara dah mula gelabah sebab ada nampak darah mengalir di atas lantai . Chanyeol terus lari ke arah kau.
"Minyoung ! Ireona ! Haishh"
Chanyeol terus dukung dan bawak kau ke hospital . Dara pun ikut sekali . sibuk -_-
…
Selepas beberapa minit , doktor pun keluar . Chanyeol terus meluru ke arah doktor. Dara hanya perhatikan gaya Chanyeol dengan hati yg bengkek..
"Cemana doktor ?"
"Jwisonghamnida. Saya tak dapat selamatkan anak encik dan isteri encik sekarang koma sebab kehilangan banyak darah"
Dara hanya senyum dengar butir-butir ayat yg keluar dari mulut doktor tu..
"Dara . Kau ikut aku sekarang ."
"Pergi mana ?"
"Ikut aku sekarang !!!"
Dara pun ikut Chanyeol.
YOU ARE READING
Unexpected Marriage [Chanyeol Fanfic]
FanfictionSebuah perkahwinan yang tidak dirancang sama sekali. "Kau pehal kacau aku tak tentu pasal?! " - Minyoung "Aip.. jangan tinggikan suara dengan suami.. hahahahah" - Chanyeol hari-hari bergaduh menimbulkan perasaan yang aneh dalam hati Minyoung.