Pejam celik aje dah seminggu Hana menjadi isteri Aiman dan hari ini kali pertama dia menjalankan tanggungjawabnya sebagai Isteri
Hana menggosok baju sekolah Aiman dan bajunya lalu digantung di tepi almari agar senang besok mereka pakai
"Esok saya hantar awak dekat pejabat lepas tu awak tunggu cikgu Melati" kata Aiman
"Ok , nanti kita kelas sama ke?" Tanya hana
"Entah , maybe" jawab Aiman yang sedang menyusun buku itu
"Nanti dekat sekolah rahsia kan status kita sebab saya rasa tak selesa bila orang tahu pasal hubungan kita" kata Aiman
"Ok , saya tak kisah" jawab Hana dan mula baring
Ye diorang tidur sekatil atas permintaan Aiman , katanya dia masih kuat imannya dan dia tidak akan sentuh Hana sesuka hati
Hana juga percaya pada Aiman kerana sepanjang menjadi isteri lelaki itu tidak pernah sekali pun Aiman menyentuhnya
Keesokkan nya papa Aiman menghantar Aiman dan Hana di hadapan pagar sekolah
"Assalamualaikum Man" tegur seorang pelajar lelaki ketika Aiman dan Hana melangkah masuk ke sekolah
"Waalaikumsalam , kau pun baru sampai ke?" Tanya Aiman pada kawan baiknya itu
"Haah , tu siapa sepupu kau ke?" Tanya kawan Aiman
"Hm...tu ..sepupu aku" jawab Aiman sambil pandang Hana yang sedang melihatnya
"Oh...baru pindah sini eh?" Teka Kawan Aiman
"Dah lah jom nanti lambat pul" Aiman sengaja menukar topik tak nak panjangkan lagi isu ini
Setelah Aiman menghantar Hana di pejabat sekolah , Aiman masuk ke kelasnya
"Ok...semua , saya ada pelajar baru yang saya nak kenalkan dekat kamu semua" kata Cikgu Melati
Semua diam dan pandang Hana yang berdiri di sebelah cikgu Melati itu
"Assalamualaikum , saya Hana " Hana memperkenalkan diri sambil senyum
Aiman di meja belakang itu terpukau dengan senyuman Hana yang baru pertama kali ditunjukkan itu
"Ok..Hana boleh duduk di sebelah Mira" kata Cikgu Melati
Hana pun berjalan ke meja yang ditunjuk
Baru duduk saja duduk Mira mula menyapa dan mereka menjadi rakan dengan beberapa minit sahaja berbual
"Nanti aku kenalkan kau dengan kawan kita yang lain" kata Mira
Hana hanya senyum
"Nanti kau rehat dengan aku tau" kata Mira
"Ok" balas Hana yang senang berbual dengan Mira
YOU ARE READING
Suamiku I LUV U❤
RomanceHana Batrisha seorang gadis yang sederhana alim , seorang yang baik dan lemah lembut namun bukan seorang yang mudah dibentuk Aiman Qaiyum seorang pelajar sekolah agama yang alim bersikap lembut dan peramah dan paling susah nak dekat dengan wanita ...