Sampai saja si rumah banglo tiga tingkat itu Hana memandang sekeliling rumah itu
"Hana kalau nak pergi tengok2 dulu pergilah sementara mama nak kemas sikit lagi bilik Aiman tu" kata Puan Kalisha
Hana hanya menganggukkan kepala dan melihat sekeliling rumah itu , tanpa dia sedar Aiman sedang memerhatikan dirinya dari belakang
Tidak sampai 15 minit Puan kalisha memanggil Aiman
"Aiman panggil Hana masuk dah nak senja ni" kata Puan Kalisha
Aiman yang tanpa membantah menghampiri Hana yang sedang melihat kolam ikan di belakang rumahnya
"Mama suruh masuk" kata Aiman
Hana terkejut saat mendengar suara Aiman di belakangnya
Tanpa banyak soal Hana masuk
"Ni la bilik Aiman sekarang dah jadi bilik Aiman dengan Hana" kata Puan Kalisha
Hana senyum manis dan melihat pula bilik Aiman yang agak besar itu dengan katil bersaiz king dan sebuah meja belajar di sebelah kiri dan terdapat satu lagi pintu ke bilik pakaian Aiman
"Hana jangan malu2 tau ,ni pun rumah hana juga kalau ada apa2 share dengan mama eh" kata Puan Kalisha
"Terima kasih ma" ucap Hana dengan perlahan
Puan Kalisha senyum dan cium pipi Hana sebelum keluar
"Saya nak mandi , kejap lagi kita jemaah sama2" kata Aiman pada Hana
"Ok" balas Hana sepatah sambil cuci makeup di wajahnya
Selesai mandi Hana keluar dengan memakai pakaian tidur dan bertudung lalu menyarung telekung dan bersedia di belakang Aiman sebagai makmum
Selesai sahaja solat Aiman membaca doa yang Hana langsung tak tahu doa apa yang dibaca oleh Aiman kerana terlalu panjang
Kemudian belum sempat Hana buka telekung Aiman menghulurkan tangannya
Dengan kekok Hana menyalami tangan Aiman
"Lepas ni selesai aje solat saya nak awak salam saya , kita dah halal awak jangan lah kekok sangat dengan saya" kata Aiman tanpa pandang Hana
"Saya tak biasa sentuh mana2 laki kecuali ayah saya" kata Hana
Aiman tersenyum dan melipat sejadah
Setelah itu mereka turun dan makan malam bersama keluarga Aiman sambil bincang pasal sekolah Hana nanti
"Aiman jaga Hana elok2 tau dekat sekolah , jangan bagi Hana kena buli" pesan papa Aiman
"Ye pa , Aiman ingat" balas Aiman
"Hana pun kalau ada apa2 terus bagitahu Aiman tau sebab Aiman ni ketua pengawas" kata Mama Aiman pula
"Baik ma" jawab Hana
Mama dan papa Aiman tersenyun melihat mereka berdua yang kelihatan kekok itu
YOU ARE READING
Suamiku I LUV U❤
RomanceHana Batrisha seorang gadis yang sederhana alim , seorang yang baik dan lemah lembut namun bukan seorang yang mudah dibentuk Aiman Qaiyum seorang pelajar sekolah agama yang alim bersikap lembut dan peramah dan paling susah nak dekat dengan wanita ...