Hari ini Aiman dan Hana sudah bertolak ke rumah opah Aiman di Kedah
"Man , kau berhenti kejap dekat petronas tu aku nak pergi tandas" kata Hana ketika Aiman sedang memandu
Aiman tak banyak cakap ikut sahaja apa yang Hana kata tadi
Berhenti sahaja di Petronas Aiman menunggu Hana di dalam kereta sambil mendengar lagu yang dimainkan di radio
Beberapa minit kemudian Hana datang dengan satu plastik di tangan
"Kau beli apa?" Tanya Aiman
"Aku singgah beli air dan keropok" kata Hana
"Untuk kau aje?" Tanya Aiman
"Taklah...aku beli lah sekali untuk kau" kata Hana sambil menyuakan sebotol air berkabonat kepada Aiman
Aiman mengambil dan diminum sebelum memulakan pemanduannya
Sedang Aiman memandu Aiman melihat Hana disebelah sedang makan keropok yang dibeli tadi
"Hana..suap aku sikit" pinta Aiman sambil buka mulut
Hana pandang Aiman
"Ambik lah" Hana menghulurkan bungkusan keropok itu kepada Aiman
"Suaplah , aku tengah memandu ni kang terbabas cammana" kata Aiman
Hana mengeluh dan disuap ke mulut aiman satu keropok itu
"Suruh suap pun susah , bukannya apapun" sindir Aiman
Hana buat muka dan makan semula keropoknya
Sejam kemudian mereka tiba di kampung Aiman
"Wow..ada padi" kata Hana yang kelihatan terpegun dengan suasana di kampung Aiman
"Kesian dia tak pernah tengok padi eh.." sindir Aiman sambil ketawa
Hana menampar tangan Aiman
"Yelah first time kot" balas Hana
Belok aje ke kiri kereta Aiman sudah masuk ke perkarangan rumah opahnya
Hana terpegun sekali lagi melihat rumah opah Aiman yang besar walaupun rumah kampung
Melihat sahaja kereta BMW berwarna hitam tiba di perkarang rumah seorang wanita yang tua sudah berlari keluar menyambut kedatangan cucunya
"Ya allah...Aiman...nenek rindu sungguh dengan hang" kata wanita itu sambil dipeluk oleh Aiman
"Aiman pun rindu nenek...nek nampak macam kurus je sakit ke?" Tanya Aiman risau apabila wanita kesayangannya itu kelihatan sedikit kurus dari sebelum ini
"Alah...biasalah...orang tua...sakit tua ja la..." kata nenek Aiman
Dilihatnya pula ke arah Hana yang sedang berdiri di sebelah mereka agak jauh
"Ni ka cucu menantu nenek?" Tanya Nenek Aiman sambil memandang Aiman
"Haah nek, ini la isteri Aiman" kata Aiman
Neneknya mendekati Hana dan dipeluk tubuh Hana
Walaupun Hana agak kekok kerana kali pertama melihat nenek Aiman tapi dia berasa agak selesa apabila wanita tua itu memeluknya erat seakan akan dia itu cucunya sendiri
"Dah2 jom masuk , nenek ada masak ayam kampung masak lemak dengan sambai petai untuk hampa dua" kata neneknya sambil memegang tangan Hana
Hana memandang Aiman di belakang sambil memberi isyarat mata agar Aiman faham bahawa neneknya yang menarik tangan Hana masuk meninggalkan Aiman sendiri untuk mengangkat beg mereka
Aiman tersenyum sahaja dan mula mengeluarkan bagasi milik Hana dan dia di dalam bonet
YOU ARE READING
Suamiku I LUV U❤
RomanceHana Batrisha seorang gadis yang sederhana alim , seorang yang baik dan lemah lembut namun bukan seorang yang mudah dibentuk Aiman Qaiyum seorang pelajar sekolah agama yang alim bersikap lembut dan peramah dan paling susah nak dekat dengan wanita ...