●1●

8.3K 166 5
                                    

"Aku terima nikahnya Nurul Hana Batrisya binti Mohd Razim dengan mas kahwinnya RM 300 ringgi tunai"

Dengan lancar sekali Aiman Qayyum melafazkan akadnya di hadapan tok kadi itu dengan papa dan bapa mertuanya sebagai saksi

Hari ini 12 January 2018 menjadi tarikh paling bersejarah buat Hana Batrisya dan Aiman Qayyum kerana mereka disatukan pada umur 17 tahun

Selesai membaca doa Aiman bangun dan berjalan ke belakang untuk menyarungkan cincin di jari isterinya tanpa memandang wajah isteri nya itu

Selesai cincin di sarung di jari yang panjang dan cantik itu , gadis itu menyalami tangannya

Entah macam mana nak terangkan perasaan Aiman ketika ini , saat Hana menyentuh kulitnya

Dan dia dengan perlahan mengangkat wajahnya memandang wajah gadis di hadapannya itu yang sedang menunduk

Aiman tergugup saat melihat wajah isterinya yang cantik disolek tipis dengan tudung shawl berwarna peach

Dicium dahi gadis itu lama untuk sesi fotografi di hadapan keluarganya dan keluarga Hana

"Tahniah Aiman sebab dah jadi suami orang" ucap mama Aiman selepas mereka berada di luar masjid

Aiman tersenyum melihat kegembiraan di wajah mama nya itu

Bagi Aiman kebahagiaan mamanya adalah pekara paling penting buat dirinya

Dilihat gadis yang kini telah sah menjadi iaterinya itu sedang keluar dan menyarung kasut

"Hana mulai hari ini tinggal dengan mama eh" kata Puan Kalisha

Gadis itu memandang wajah ibunya yang seperti tidak mahu melepaskan dirinya , begitu juga dia yang tidak mahu berpisah dengan keluarga

"Tak apa nanti cuti sekolah , Hana ajak Aiman balik rumah ibu" pujuk Puan Julia pula

Hana masih dengan air matanya kerana tidak mahu berpisah dengan keluarganya dan tinggal dengan lelaki yang dia tidak kenal ini

"Jom sayang" ajak Puan Kalisha

Kali ini Hana tanpa membantah ikut aje Keluarga barunya itu masuk ke dalam kerera

Di dalam kereta Hana duduk di sebelah Aiman tapi...agak jauh la juga mungkin tidak biasa

Aiman kelihatan tenang memandang ke luar tingkap tanpa banyak bunyi

"Hana sekolah sama dengan Aiman ye sayang , mama dah daftarkan Hana minggu depan  buka sekolah Hana boleh pergi dengan Aiman" kata Puan Kalisha

Hana diam dan senyum pada mamanya itu melalui pantulan cermin

"Hana jangan malu..kami ni sekarang dah jadi keluarga Hana" kata Encik Wakhil pula

Suamiku I LUV U❤Where stories live. Discover now