●46●

3K 76 1
                                    

Aiman menggenggam erat tangan Hana ketika mereka berjalan di sebuah taman untuk menikmati kehijauan pagi ditaman itu

"Sayang bila mula kerja?" Tanya Aiman pada Hana yang sedang leka memandang tasik dihadapan mereka

"Lagi 2 minggu" jawab Hana

"Erm...bagus juga bie start lagi seminggu so kita baki lagi 5 hari untuk luangkan masa bersama apa kata kita pergi pra-honeymoon?" Ajak Aiman

Hana sudah senyum teruja di sisi Aiman

"Kita nak kemana?" Tanya Hana yang tiba-tiba bersemangat waja

"Kita pergi dalam Malaysia aje apa kata kita pergi Langkawi bie dah lama tak pergi Langkawi" ajak Aiman

"Ok sayang tak kisah asalkan bercuti" kata Hana

"Jom balik packing barang kejap lagi bie tengok tiket kapal terbang" kata Aiman sambil menarik Hana untuk pulang ke rumah dan bersiap

Setibanya di rumah Puan Julia dan Encik Razim yang baru nak keluar itu memandang mereka dengan wajah berkerut

"Tadi kata nak ke rumah mama Aiman?" Tanya Puan Julia

"Mama dengan papa tak ada diorang balik kampung melawat nenek" kata Aiman

"Oh...ni korang nak kemana?" Tanya Puan Julia lagi

"Kami nak pergi bercuti ibu" jawab Hana pula

"Bercuti? Kemana?" Tanya Puan Julia dengan riak terkejut dengan keputusan tiba2 oleh mereka

"Langkawi aje ibu lagipun Aiman nak bawa Hana pra-honeymoon" kata Aiman pula

"La yeke...yelah hati2 nangi dah sampai call ibu ye" kata Puan Julia

"Dah jom biar aje budak2 ni nak pergi honeymoon diorang tu kita ni dah lambat kang marah pula Datin Maimon tu" kata Encik Razim

Puan Julia lekas keluar dan pergi bersama Encik Razim manakala Hana dan Aiman sudah naik ke atas untuk bersiap

**************************
Disebabkan Aiman dan Hana bertolak agak lewat jadi mereka tiba di Langkawi pada waktu malam

Setibanya disebuah hotel yang sudah Aiman tempah melalui online tadi Hana terkejut melihat pemandangannya yang cantik

Mereka akan tinggal di hotel Casa Del Mar yang terletak di Pantai Cenang buat 4 hari pra-honeymoon mereka itu

"Cantiknya bie...pandai bie pilih hotel" puji Hana sambil peluk tangan Aiman

Masuk saja ke dalam Hana sudah baring diatas katil yang empuk itu

"Dah pergi mandi solat isyak lepastu kita keluar makan bie dah lapar ni" ajak Aiman yang baru meletakkan beg tarik mereka di sudut bilik hotel itu

"Bie mandilah dulu sayang panas ni" kata Hana sambil membuka tudungnya

Aiman tersenyum dan terus dia masuk ke bilik air tidak mahu lambatkan solat isyaknya

Setelah Aiman selesai baru giliran Hana pula bersiap

Selesai sahaja Hana solat Isyak Aiman mengajaknya keluar makan di kedai makan yang berdekatan dengan hotel mereka kerana hari sudah lewat malam jadi mereka malas nak keluar berjalan

Author tunjukkan sikit gambar2 yg Author ambik dari mr.google td :)

(Hotel Casa Del Mar)Tempat Hana dan Aiman tinggal sepanjang pra-honeymoon mereka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Hotel Casa Del Mar)
Tempat Hana dan Aiman tinggal sepanjang pra-honeymoon mereka

Maaf kalau author dah lama tak update utk novel ni author sekarang tengah cari idea utk novel author yang lagi satu

Hey , Encik Suami Jiran Sebelah !

Bg sesiapa yg tak baca lagi novel tu bolehlah klau free2 tu usyar sikit novel tu dn komen ye tiada paksaan bg yg tk berminat 😉

Suamiku I LUV U❤Where stories live. Discover now