Hana masuk ke dalam bilik tidurnya bersama Aiman dengan perlahan dan dilihat tubuh Aiman yang sedang berselubung di dalam selimut sambil menggigil
"Aiman..bangun mandi badan kau panas sangat ni lepastu solat zohor kejap lagi aku suap kau makan eh" kata Hana dengan lembut dan dilap peluh di dahi Aiman dengan telapak tangannya
Aiman menarik tangan Hana dan digenggam erat
"Aku tak larat la nak bangun..." rengek Aiman
Hana terasa seperti mahu ketawa
Betul kata mama dan papa nya tentang sikap Aiman yang manja bila demam
"Ye..aku teman kau sampai depan pintu tandas tu lepastu aku tunggu sampai kau selesai mandi" kata Hana dan menolong Aiman menolak selimut
Selesai Aiman mandi , tubuh Aiman yang menggigil itu dipimpin oleh Hana dengan berlapitkan baju lengan panjang Aiman
"Solat dulu aku tunggu" kata Hana
Hana melihat Aiman solat dihadapannya terasa tenang hatinya ketika melihat wajah Aiman yang sedang kusyuk solat dan membaca doa
"Hana aku nak tidur la...aku betul2 tak larat ni" kata Aiman yang sedang meletakkan sejadah ditempatnya
"Tak boleh jom turun duduk dekat ruang tamu , janganlah dimanja kan sangat badan kau ni nanti demam kau takkan kebah" bebel Hana
Aiman mengeluh namun dituruti juga kata hana
Tiba diruang tamu setelah Aiman duduk di sofa , Hana ke dapur mengambil nasi dan sup yang sudah siap di senduk tadi
Disuap Aiman dengan perlahan
"Dah..aku tak lalu la" kata Aiman sambil meneguk air
"Biar betul..baru 2 sudu ja kau makan" kata Hana
"Ye aku tak lalu , tekak aku rasa payau" kata Aiman
"Yelah..nah panadol" kata Hana sambil menghulurkan dua biji panadol ke tangan Aiman
"Sini aku urutkan kepala kau" kata Hana menyuruh agar Aiman baring di pahanya
Aiman turuti sahaja dan baring sambil menutup mata menikmati jari lembut Hana mengurut kepalanya
"Thank you Hana sebab jagakan aku" kata Aiman sambil tutup mata
"Kau kan suami aku..." kata Hana
Tangan hana yang sedang memicit kepala Aiman itu di tarik dan digenggam
Mata Aiman dibuka dan merenung dalam anak mata Hana
Hana diam dan turut membalas renungan mata Aiman
"Aku harap sangat aku lelaki pertama dalam hati kau" kata Aiman dengan perlahan
Hana terkedu dan direnung wajah Aiman meminta penjelasan dengan apa yang dikata oleh Aiman
YOU ARE READING
Suamiku I LUV U❤
RomanceHana Batrisha seorang gadis yang sederhana alim , seorang yang baik dan lemah lembut namun bukan seorang yang mudah dibentuk Aiman Qaiyum seorang pelajar sekolah agama yang alim bersikap lembut dan peramah dan paling susah nak dekat dengan wanita ...