●36●

2.7K 93 1
                                    

Hana yang sedang menjemur pakaian itu diganggu oleh Aiman yang asyik mengekorinya dibelakang dari tadi macam anak kecil

Aiman diam dan ikut sahaja kemana Hana pergi tanpa bersuara sejak bangun dari tidur tadi

Akhirnya Hana mengalah kerana terlalu rimas

"Apa bie ni asyik ikut orang aje dari tadi?" Marah Hana setelah selesai menjemur pakaian

"Boleh pun bercakap , dari semalam bie bercakap sayang diam aje lepastu tidur then pagi tadi pun bangun diam aje" kata Aiman sambil buat muka minta belas kasihan

"Biarlah asal bie ikut sayang pula pergi lah ikut si belangkas betina tu" kata Hana dengan perlahan namun masih dapat didengari oleh Aiman

"Buat apa ikut dia bukan isteri bie pun" kata Aiman dan menghampiri Hana yang semakin menjauh itu

"Sayang...please...maafkanlah bie..bie janji tak buat lagi lepas ni bie takkan ajak dia lagi ok?" Pujuk Aiman

"Boleh percaya ke , bie kan memang suka perempuan2 seksi ni maklumlah sayang ni dah la tak seksi tak pandai makeup pula tu" kata Hana

"Siapa cakap sayang seksi , sayang seksi la bie tahu lah sebab malam honeymoon kita tu kan bie dah -" belum sempat Aiman habis bersuara Hana sudah menekup mulut Aiman kerana malu dan takut didengari oleh ahli keluarga yang lain

"Ok2 sayang maafkan tapi kali ni aje ok , lepas ni kalau bie buat lagi bawa dia time kita date sayang tak nak bercakap dengan bie dah" ugut Hana

Aiman dengan gembiranya memeluk tubuh Hana dengan erat

"Ok bie janji , tapi malam ni bie nak tuntut something sebab sayang dah dua malam tidur membelakangkan bie " kata Aiman sambil berbisik di telinga Hana

Hana sudah membahang malu apabila Aiman berkata begitu

"Dah lah sayang nak masuk tolong nenek goreng nasi" kata Hana dan berlari masuk

Aiman diluar senyum melihat Hana yang macam budak2 bila berlari macam tu dengan pakaian tshit dan kain batiknya

"Good morning everyone" sapa Haliza yang baru turun ke dapur untuk bersarapan

"Morning la sangat tu pun dah pukul 9 bukannya nak bangun awal tolong aku ni kat dapur" perli Nek Kiah

Haliza sudah mencebik apabila moodnya pagi2 lagi dirosakkan oleh neneknya

Puan Durah sudah tayang muka tak senang kepada anak perempuannya yang sorang itu kerana malas

"Biasalah mak budak2 mestilah macam tu malas kan" kata Puan Durah bagi menutup malu anaknya

"Budak2 apa lah Hana dengan Aiman ni pun tua setahun ja dari anak hang tu boleh ja bersikap matang" kata Nek Kiah

Puan Durah diam dan menyenduk nasi goreng ke dalam pinggan Nek Kiah

"Ala mak...dah la tu depan rezeki ni tak elok gaduh pagi2 ni" kata Puan Kalisha cuba menenangkan keadaan

Nek Kiah turut diam dan mereka semua mula makan tanpa banyak bercakap

Selesai makan pagi mereka berbual di ruang tamu manakala Aiman dan Hana duduk di pangkin luar rumah sambil bergurau

Haliza yang berada di ruang tamu asyik memandang ke luar apabila mendengar gelak tawa mereka

"Bila lah Aiman dengan Hana boleh bagi aku cicit, aku ni dah makin tua" kata Nek Kiah

Haliza berasa sangat marah bila neneknya bertanya begitu

"Tak la mak depa tu muda2 lagi nanti2 ada la tu" kata Puan Kalisha

Haliza memandang Hana dari dalam rumah dengan perasaan yang bercampur baur dan paling penting saat ini dia sangat bencikan Hana

Suamiku I LUV U❤Where stories live. Discover now