●39●

2.6K 83 1
                                    

2 tahun kemudian~

Kini Aiman dan Hana sedang melanjutkan pelajaran masing2 di tempat yang berasingan

Aiman menyambung pelajarannya di Jepun manakala Hana menyambung pelajarannya di Korea

Mereka sudah lama tidak bertemu dan hanya berbual melalui whatsapp atau instagram atau kadang2 Aiman akan video call Hana sebulan sekali kalau dia tidak terlalu sibuk

Kini sudah masuk 2 tahun mereka berada di dunia Universiti dan hanya tinggal setahun lagi bagi menghabiskan pelajaran mereka

"Aiman do you want anything i'm going to supermarket for awhile" tanya Juro teman serumah Aiman

Aiman yang sedang sibuk menyiapkan assignmentnya memandang rakannya itu

"No its okay" balas Aiman

Juro senyum dan keluar bersama seorang lagi teman serumah Aiman iaitu Deoru

Aiman berasa sedikit penat setelah 3 jam menghadap laptopnya tanpa henti

Dia bangun dan keluar ke balkoni rumah sewa itu untuk mengambil angin segar di luar

Tiba2 dia teringatkan Hana yang sudah lama tidak berbual dengannya

Dia mengeluarkan telefon dan mendail nombor Hana

Tak sampai beberapa minit Hana menjawab panggilan tersebut

"Assalamualaikum sayang , buat apa tu busy ke?" Tanya Aiman sambil bersandar pada pintu balkoni

"Waalaikumsalam bie , tak busy sangat tengah kemas bilik ni sikit" kata Hana

"Bie rindu sayang la...dah lama kita tak jumpa" kata Aiman dengan nada manja yang membuatkan Hana tersenyum

"Sabar ye bie nanti lagi setahun aje kita jumpa ok kita manja2" balas Hana

"Sayang dah lama tak hantar gambar dekat bie" kata Aiman

"Sorry..sayang lupa..nanti petang sayang hantar" kata Hana sambil menepuk dahi

"Yelah , sayang tak keluar pergi mana2 ke?" Tanya Aiman

"Keluar kejap lagi , sayang ada group discussion dekat cafe" kata Hana

"Oh..lama ke group discussion tu?" Tanya Aiman

"Tak lah maybe dlm 2 atau 3 jam aje kot" kata Hana

"Ok...semua perempuan atau ada lelaki?" Tanya Aiman lagi

Hana disana sudah tersenyum tahu sangat soalan yang akan ditanya oleh suaminya tiap kali diberitahu ada kerja kumpulan

"3 perempuan 3 lelaki" jawab Hana

"Lelaki korea je kan?" Tanya Aiman lagi

"Tak la satu tu orang malaysia juga dia aje kawan lelaki yang membantu dekat sini" kata Hana

Aiman sudah berasa cemburu tapi dihalau perasaan itu cepat2

"Kenapa?" Tanya Aiman

"Yelah dekat sini kan sayang sorang2 aje tak ada guide jadi bila nak berkomunikasi tu agak susah la sikit bila sayang tak berapa fasih bahasa Korea ni , dia la yang selalu tolong sayang" kata Hana

Aiman mengangguk dalam cemburu dia turut bersyukur ada juga yang seseorang yang boleh menolong isterinya di sana

"Bie jangan risau lah Hakimi tu baik dia pun tahu yang sayang ni dah kahwin" kata Hana

Aiman sudah tersenyum lega bila Hana beritahu begitu , dia menyumpah diri sendiri bila cemburu tak bertempat sedangkan isterinya tahu menjaga batas pergaulan

"Ye sayang take care ok ,nanti kalau tak busy bie call lain" kata Aiman

Setelah mereka selesai berbual Aiman berasa sedikit terubat rindunya pada Hana

Suamiku I LUV U❤Where stories live. Discover now