●49●

3K 72 0
                                    

Selesai sahaja kelas dengan pelajar darjah 5kasturi Hana ke kantin untuk makan bersama dengan guru bahasa melayu yang sama jadual dengannya

"Hana ni dah kahwin ke?" Tanya Melati guru bahasa melayu yang sebaya Hana

"Ye saya dah kahwin" jawab Hana

"Oh..baru kahwin atau dah lama?" Tanya Melati lagi

"Lama dah dari tingkatan lima lagi saya dah kahwin pilihan keluarga" terang Hana dengan terbuka tentang statusnya

"La..ye ke bestnya dah kahwin awal kan tengok saya ni tak kahwin lagi calon jangan cakap langsung tak ada" kata Melati sambil menyuap makanannya ke dalam mulut

"Ala..nanti ada la tu mungkin jodoh awak lambat sikit kot jangan risau akan ada juga nanti" kata Hana dengan mesra

"Awak dah jumpa cikgu pertukaran yang baru tu cikgu Khalish?" Tanya Melati

"Belum lagi saya pun sibuk dengan kelas 6 Jawi tu diorang kan ada rombongan tak lama lagi" kata Hana

"Iye rugi awak tak tengok hensem gila cikgu tu muka dia ada iras2 artis kpop " Puji Melati terhadap cikgu pertukaran baru itu

"Ye ke , nanti saya tengoklah lagipun dia kan cikgu ganti kelas 6 Jawi jadi rombongan tu nanti dia akan pergi dengan saya" kata Hana

"Cikgu kelas awak ke...bestnya...kalaulah saya dapat satu kelas dengan dia mesti best..." kata Melati

Hana sudah ketawa dengan perangai Melati yang terlalu sukakan cikgu baru itu

******************************
"Bie lambat balik hari ni?" Tanya Hana yang sedang menghidang makanan di atas meja makan

"Sorry sayang tadi jalan jam ada accident tu yang lambat sampai" kata Aiman sambil duduk di sofa dan membuka tali lehernya

"Nah air untuk bie" Hana menghulurkan segelas air bancuhan berperisa anggur kepada Aiman

"Thank you sayang.." ucap Aiman sambil senyum pandang wajah Hana terasa hilang penatnya

"Bie pergi naik mandi solat maghrib lepastu turun makan dengan sayang" kata Hana

Aiman yang telah habis minum itu terus naik ke atas untuk membersihkan diri dan setelah selesai solat dia turun semula untuk makan malam bersama Hana

"Sayang tak penat ke balik kerja terus pergi pasaraya lepastu balik masak lagi" kata Aiman yang melihat hidangan di atas meja makan itu

"Dah tanggung jawab sayang kan mestilah sayang tak kisah" kata Hana yang rasa gembira dengan Aiman yang prihatin padanya

"Kalau sayang tak nak kerja bie tak kisah lagipun lepas ni bie akan ambil alih jawatan papa dekat pejabat tak ada masalah pun nak tanggung keluarga kita ni" kata Aiman

"Tak apa bie lagipun sayang dah fikir nak berhenti bila sayang mengandung nanti and lepastu sayang nak jadi suri rumah sepenuh masa nak jaga makan pakai bie dengan anak2 kita" kata Hana

Aiman sudah bahagia mendengar kata2 Hana tadi terasa indah masa hadapannya dengan Hana nanti

Suamiku I LUV U❤Where stories live. Discover now