●7●

3.3K 122 0
                                    

Aiman memandang Hana yang sibuk menyiapkan kerja rumah bahasa inggeris di ruang tamu

"Hana" panggil Aiman sambil mata fokus pada buku sejarahnya

Hana memandang Aiman dengan wajah yang penuh tanda tanya

"Lusa kita balik rumah mak bapa kau" kata Aiman

"Serius!" Tanya Hana tidak percaya

"Hm...lagipun nanti apa pulak mak bapa kau kata kalau kita langsung tak balik sana" kata Aiman

"Terima kasih awak" kata Hana sambil senyum

Aiman yang melihat senyuman Hana itu terus memandang semula buku teks sejarah di hadapannya

"Tak sabarnya nak jumpa ibu" kata Hana sambil pejam mata membayangkan wajah ibu yang dirinduinya

Aiman ketawa kecil dengan sikap Hana yang dirasakan comel itu

"Aiman...esok kan cuti sekolah , kau ada plan nak pergi mana2 ke?" Tanya Firdaus

"Ada..ah..aku nak balik rumah mak ngah aku" kata Aiman sambil menyimpan buku ke dalam beg

"Oh...baru ingat nak ajak kau pergi bercuti ngan aku" kata Firdaus

"Tak apa lah lain kali ajelah" kata Aiman sambil tepuk belakang Firdaus

"Erm...ok jom" kata Firdaus dan berjalan bersama Aiman ke tempat parkir moto

Semasa Firdaus sedang  bergurau dengan Aiman mereka terlihat Hana sedang berbual dengan Zarif

Zarif pula kelihatan seperti sedang menceritakan sesuatu kerana mereka sedang ketawa

"Ehem..kau tunggu lama dah ke?" Tanya Aiman pada Hana tanpa menghiraukan kehadiran Zarif di situ

"Haah , lama la juga tapi ni Zarif teman saya dekat sini" kata Hana sambil senyum pada Zarif

Aiman jeling Zarif sambil menghidupkan motosikalnya

"Hati2 ye Hana , nanti buka sekolah kita borak lagi" kata Zarif juga tanpa menghiraukan Aiman

"Ok , thank you sebab teman saya" ucap Hana

Zarif hanya senyum sambil mengusap belakang lehernya

"Cepat lah Hana aku panas ni" bebel Aiman

Hana dengan segera memakai topi keledarnya lalu memegang bahu Aiman ketika naik moto Aiman yang tinggi baginya

Zarif memandang Hana dan Aiman sehingga mereka pergi

"Kenapa aku tak rasa diorang tu macam sepupu eh?" Tanya Zarif sendiri

Kemudian dihiraukan soalannya tadi dan mula menghidupkan enjin moto

Suamiku I LUV U❤Where stories live. Discover now