Aiman yang baru bangun dari tidur meraup wajahnya yang separuh sedar itu sebelum memandang Hana yang masih lagi nyenyak tidur disebelah sambil mengiring menghadap Aiman
Tersenyum senang Aiman saat menatap wajah yang paling dia rindui selama ini
Aiman mengusap wajah Hana dengan penuh kasih sebelum bibir Hana dicium perlahan
Dia kemudiannya bangun ke tandas untuk bersiap solat subuh bersama Hana
Selesai mengambil wuduk Aiman mengejutkan Hana
"Sayang bangun kita subuh sama2" ajak Aiman sambil mengusap bahu Hana yang berlapit dengan baju tidurnya
"Erm..pukul berapa ni?" Tanya Hana yang masih dalam keadaan mamai
"Dah pukul 6.20 sayang , bangun cepat" kata Aiman sambil tersenyum melihat Hana yang masih mamai
Hana bangun dan ingin memeluk Aiman namun pantas Aiman berdiri takut wuduknya terbatal
"Sayang bie ada wuduk" kata Aiman dengan perlahan
Hana memuncungkan bibir geram tak dapat peluk Aiman lantas dia bangun ke bilik air
Aiman senyum sambil mengemas tempat tidur mereka
Selesai solat subuh bersama , Aiman membaca doa supaya tuhan mengukuhkan rumah tangga mereka dan agar diberi kebahagiaan buat mereka sehingga ke anak cicit
Habis sahaja Aiman mengaminkan doa Hana terus memeluk Aiman dari belakang tanpa membuka telekung yang dipakainya
"Kenapa sayang bie ni manja je harini" kata Aiman sambil tersenyum suka dengan perangai manja Hana harini
"Saja..rindu bie..bie jom dating harini" ajak Hana
"Dating? Ke mana?" Tanya Aiman
"Erm..kita keluar jalan2 ke shopping ke" balas Hana
"Kalau macam tu lepas makan pagi nanti sayang siap kita keluar dating" kata Aiman
Hana tersenyum senang sambil dalam kepala sudah fikir untuk bersiap lawa buat suami tercintanya ini
Habis bermanja tadi mereka turun untuk sarapan pagi dan dilihat Puan Julia sudah siap menyediakan makan pagi atas meja manakala Encik Razim sedang membaca surat khabar
"Turun pun baru ibu ingat nak naik panggil tadi" kata Puan Julia saat melihat anak dan menantunya sudah turun
"Sorry ibu Hana tak turun tolong ibu" kata Hana sambil mendakap erat tubuh Puan Julia
"Tak apa ibu faham korang kan dah lama tak jumpa , dah duduk makan" kata Puan Julia
Hana mencedokkan nasi goreng ke dalam pinggannya dan Aiman serta Encik Razim kerana Puan Julia tidak suka makan nasi pada waktu pagi
Sedang mereka makan tiba2 Encik Razim bersuara
"Kamu berdua tak ada rancangan ke nak beli rumah ke apa?" Tanya Encik Razim
"Ada ayah , aiman ada call kawan Aiman haritu tanya dia pasal kawasan perumahan ni sebab dia ejen jual rumah dan dia pun ada cadangkan beberapa buah rumah yang baru dijual" kata Aiman
"Baguslah kalau macam tu , bukan apa kamu berdua ni umur dah 20 , kahwin pun dah lama mesti nak ada privasi nak2 pula nanti bila dah ada anak" kata Encik Razim
Aiman tersenyum kepada bapa mertuanya yang begitu memahami
"Ni kamu berdua nak keluar ke kejap lagi?" Tanya puan julia
"Haah , kami ingat nak jalan2 yelah dah lama tak balik Malaysia "kata Hana
"Kalau macam tu tak apa lah sebab ibu dengan ayah nak keluar kejap lagi ada kenduri" kata Puan Julia
"Oh...tak apa lah lagipun mungkin lepastu kami nak pergi rumah mama pula" kata Hana lagi
Puan Julia dan Encik Razim mengangguk faham
YOU ARE READING
Suamiku I LUV U❤
RomanceHana Batrisha seorang gadis yang sederhana alim , seorang yang baik dan lemah lembut namun bukan seorang yang mudah dibentuk Aiman Qaiyum seorang pelajar sekolah agama yang alim bersikap lembut dan peramah dan paling susah nak dekat dengan wanita ...