●26●

2.9K 102 1
                                    

Hana menyendukkan nasi ke dalam pinggan Aiman dan nenek mereka untuk makan malam ini

"Esok hampa berdua bertolak pukul berapa?" Tanya nenek yang sedang mencedok kuah kari

"Pukul 9 nek" jawab Aiman

"Sat ja hampa mai sini dah nak kena balik" kata nenek dengan nada sedih

Timbul perasaan kesian pada nenek mereka dalam hati Aiman dan Hana

"Tak pa nek nanti cuti tiga bulan lepas Spm ni kami balik sini duduk dengan nenek" pujuk Hana

Nenek sudah tersenyum lebar dengan kata2 Hana

Aiman hanya bersetuju kerana dia juga suka tinggal di kampungnya yang aman ini

"Janji nah nanti habis ja periksa hampa dua balik mai" kata nenek mereka

Aiman dan Hana sama2 menganggukkan kepala

"Dah makan sat gi pi naik kemas barang" kata Nenek

Mereka berdua dengan semangatnya kerana lauk yang dimasak oleh nenek mereka begitu istimewa pada malam ini

Selesai makan malam mereka masuk ke dalam bilik dan mula mengemas beg pakaian mereka

"Sayangnya...nak tinggal kampung ni dengan nenek" kata Hana sambil melipat pakaian di atas katil

"Sabar sayang sebulan ja lagi Spm lepastu kita terus balik sini , ok" kata Aiman sambil memujuk Hana

Hana menganggukkan kepala sambil memuncungkan mulut

"Tu nak minta kiss ke apa?" Tanya Aiman yang sengaja mahu mengacau Hana

Hana jeling Aiman dan terus sambung melipat pakaian

"Bie...esok kita singgah mall kejap boleh?" Tanya Hana tiba2

Aiman yang sibuk menyimpan buku ke dalam beg itu memandang Hana pelik

"Kenapa?" Tanya Aiman

"Sayang nak beli waffle...teringin lah" kata Hana

Aiman pelik dengan perangai Hana yang tiba2 harini banyak betul benda yang diinginkannya

"Sayang sakit ke?" Tanya Aiman tiba

Hana yang sedang melipat seluar Aiman itu terus terhenti

"Kenapa tanya macam tu , mana ada sakit" kata Hana

"Sayang pelik lah harini , tadi tengah hari minta durian sekarang teringin waffle pula , kenapa tiba2" tanya Aiman

"La..yelah tengah hari tadi Hana ada nampak orang jual durian dekat pasar tu yang tiba2 terasa teringin pula nak try durian dekat sini" terang Hana

"Oh...ingatkan...mengandung ke apa" kata Aiman

Hana terkejut dengan kata2 Aiman itu

"Mengandung apanya kita mana--" Hana tersedar dari terus mengeluarkan ayat2nya itu

"Mana apa?" Tanya Aiman sengaja mahu mengusik Hana

"Ish..apa2 ajelah" Hana menolak tubuh Aiman agar jauh darinya

"Sayang apa kata kita...." Aiman sengaja menggantungkan ayat yang ingin dilafazkannya itu

Hana sudah menelan air liur dengan begitu payah sekali

"Bie jangan macam2 eh , kita Spm pun belum lagi" kata Hana memberi amaran kepada Aiman

Aiman sudah ketawa mengekek di atas katil

"Bie tak habis cakap lagi sayang dah fikir bukan2 , bie nak cakap apa kata kita ajak nenek sarapan dekat luar esok" kata Aiman sambil ketawa lagi

Hana sudah merah wajahnya apabila dia tersalah fikir tadi

"Alang2 sayang dah fikir macam tu , sayang dah ready ke?" Tanya Aiman

Hana makin bertambah merah

"Kita belum ambik Spm lagi la..bie ni sabar la sikit" kata Hana

"Ok lepas Spm bie tuntut eh" kata Aiman dan pantas mencium pipi Hana yang merah

Kemudian Aiman keluar untuk berborak dengan neneknya di ruang tamu

Hana senyum sambil memegang pipinya yang dicium tadi

Suamiku I LUV U❤Where stories live. Discover now