●8●

3.2K 116 1
                                    

Aiman turun dari kereta yang dipandunya tanpa memandang atau menunggu Hana

Hana melihat perangai Aiman yang berubah sejak kelmarin selepas pulang dari sekolah

"Aku ada buat salah ke?" Tanya Hana sendiri dan turun lalu dilihat ibunya sedang berdiri di hadapan pintu

"Ibu...rindunya" kata Hana dan memeluk tubuh ibunya

"Ibu pun , jom masuk dah lama Hana tak borak dengan ibu rindu ibu dengan Hana" kata Ibunya

Setelah masuk ke dalam mereka berempat berbual di ruang tamu , banyak yang ditanyakan oleh ibu bapa Hana

"Korang berdua tidur sini kan?" Tanya ayah Hana

"Haah , kami tidur sini 3 hari ayah" kata Aiman

"Baguslah..baru first time kan Aiman datang rumah ayah tak apa buat aje macam rumah sendiri ye" pesan Ayah Hana sambil menepuk bahu menantunya itu

"Dah la pergi naik solat asar nanti terlepas pula , lepas tu turun ye ibu ada masak makan petang" kata Ibu Hana

Aiman dan Hana akur lalu mereka naik ke atas dan Hana menunjukkan biliknya pada Aiman

"Nak merajuk tapi tak tahu bilik aku dekat mana" sindir Hana dengan perlahan sambil ketawa di belakang Aiman dengan perlahan

"Awak imamkan saya boleh?" Tanya Hana pada Aiman yang sudah selesai mengambil wudhuk

"Cepat sikit" kata Aiman dengan suara yang mendatar dan tanpa memandang Hana

Hana kelam kabut masuk ke tandas dan mengambil wudhuk

Selesai solat Aiman membaca doa tapi Hana tak dapat dengar doa apa yang dibaca oleh Aiman kerana terlalu panjang dan perlahan suara Aiman

Selesai membuka telekung Hana membetulkan tudung yang tersarung di kepalanya sambil memandang Aiman yang baring di atas katil setelah melipat sejadah

"Awak jom turun" ajak Hana

Aiman buat bodoh dan main dengan telefonnya

"Awak..kenapa ni saya ada buat salah ke?" Tanya Hana dan duduk di sebelah Aiman yang sedang berbaring itu

Aiman masih membisu dan menghiraukan Hana

"Awak...kenapa awak diam dari semalam , awak dingin dengan saya , saya buat apa?" Tanya Hana sambil memandang Aiman meminta penjelasan

"Dah la jom turun nanti ibu kata apa pula kita lama2 dalam bilik" kata Aiman dan turun meninggalkan Hana di situ

Hana mengeluh terasa seperti ingin menangis bila Aiman berkelakuan begitu terhadapnya

Suamiku I LUV U❤Where stories live. Discover now