●35●

2.6K 89 3
                                    

Aiman yang berlari dengan basah kuyup itu ditegur oleh neneknya ketika dia baru mahu masuk ke dalam rumah

"Aiman awat dengan Hana tu tadi nenek tengok dia menangis balik rumah tadi" kata Nek Kiah

Aiman sudah berasa bersalah apabila diberitahu Hana menangis

"Erm..ada salah faham sikit nek" jawab Aiman

"Awat pasai si Haliza tu ka?" Teka Nek Kiah yang memang kenal sangat perangai cucu perempuannya yang sorang itu

Aiman terdiam kerana apa yang nenek nya katakan itu benar

"Tak apa pi mandi lepas tu pujuk Hana kalau pasai si Haliza tu tau la nenek nak buat apa" kata Nek Kiah

Aiman beredar masuk ke biliknya , buka sahaja pintu bilik Aiman melihat Hana sedang merenung ke luar tingkap bilik

Tubuh Hana dihampiri lalu dipeluk dari belakang namun Hana langsung tak bereaksi mahupun menolak Aiman

"Sayang pasal tadi tu bie minta maaf , bie tak sangka dia akan buat macam tu" kata Aiman

Hana diam sebentar sebelum pusing menghadap Aiman

Jelas Aiman dapat lihat mata dan hidung Hana yang kelihatan merah seperti lepas menangis

"Pergi lah mandi habis lantai bilik ni basah" kata Hana

Aiman masih berdiri di hadapannya sikit pun tidak berganjak

"Sayang marah bie kan , selagi sayang tak nak maafkan bie tak nak pergi mandi" kata Aiman

"Dah lah tak payah nak mengada pergi jelah mandi tadi tu boleh aje berseronok dengan Haliza tu" sindir Hana

Aiman memegang tangan Hana namun Hana menepis tangan Aiman

"Please bagi saya masa nak sejukkan hati saya , saya sakit hati lah" kata Hana

Aiman mengeluh namun dia mengerti lalu dia mengambil tuala dan menuju ke bilik air

Hana di dalam bilik mengeluh lagi

Selesai mandi Aiman menunaikan solat maghrib lalu dia ke dapur mencari kelibat isterinya

Dilihat Hana sedang bergelak sakan dengan nenek dan mamanya di dapur

Dia yang baru duduk di meja makan itu langsung tak dipandang oleh Hana

Haliza pula yang baru turun ke dapur terus berpura pura rajin ingin menyendukkan nasi

"Tak payahlah nak pura2 rajin pula tiba2 tadi aku panggil tolong masak tak mau mengada tangan kasaq la apa" perli nek Kiah

Haliza sudah buat muka bila dimalukan begitu

Aiman buat tak tahu kerana sibuk merenung isterinya yang sedang menuang air ke dalam gelas

Selesai menuang air Hana duduk di sebelah Aiman namun masih tak mahu bercakap ataupun memandang Aiman

"Sayang tolong ambikkan ikan goreng tu" pinta Aiman sengaja mahu memujuk Hana

Hana yang baru nak capai ikan goreng itu terhenti apabila tiba2 Haliza yang mengambil

"Abang nak ikan goreng ni ke?" Tanya Haliza tiba

Aiman diam , lain yang disuruh lain yang ambik

"Kan dia suruh isteri dia yang hang gatai nak ambik tu buat apa?" Tanya Nek Kiah geram dengan perangai cucu perempuannya ini

Haliza mencebik dan menyuap nasi ke dalam mulut

Aiman memandang Hana yang kelihatan tenang makan disebelahnya

Suamiku I LUV U❤Where stories live. Discover now