Aiman melihat kearah Hana yang sedang muncung mulutnya sambil melipat pakaian masuk ke dalam beg
"Kenapa ni sayang?" Tanya Aiman dan menghampiri Hana
"Kejapnya kita honeymoon...baru 4 hari" kata Hana
"Sorry sayang bie memang nak lamakan honeymoon kita tapi papa minta kita balik sebab mak ngah nak datang dari Jepun" kata Aiman
"Mak ngah ? Kenapa sayang tak pernah tahu pun bie ada Mak ngah?" Tanya Hana pelik
"Ha'ah mak ngah ni adik mama dia stay dekat Jepun lepas kahwin dengan Pak ngah , pak Ngah orang Jepun anak diorang mix " kata Aiman
"Hm..yelah.." kata Hana dengan malas
"Sayang tak happy ke kita nak balik rumah nenek tau stay sana 3 minggu" kata Aiman cuba memujuk Hana
Hana sudah senyum gembira dengan apa yang dikata oleh Aiman
"Betul ke bie...serius...best nya.." Hana sudah memeluk erat tubuh Aiman
"Eleh..tadi merajuk bagai sekarang peluk kita pula" perli Aiman
"Yang tadi tu merajuk sebab bie menggatal dengan minah salleh siang tadi" kata Hana dan mula menjeling Aiman apabila teringatkan kejadian siang tadi
"Sayang..dah dia yang minta nak selfie dengan bie takkan bie nak buat sombong kot lagipun kita kan dekat tempat orang kena lah jaga tingkah laku" kata Aiman
"Ye sayang tahu tapi perlu ke dia peluk tangan bie macam tu lepastu bie pun perlu ke biarkan aje" marah Hana
"Tadi dia ada tanya sayang kan boleh tak nak bergambar dengan bie dan sayang izinkan lepastu sayang marah bie pula" kata Aiman dan memeluk tubuh Hana
"Sayang cuma izinkan dia bergambar okay bukan berpeluk" kata Hana dengan geram
"Okay2 lepas ni bie janji kalau ada lagi orang bergambar dengan bie peluk2 bie tolak ok , bie peluk sayang aje" pujuk Aiman
"Janji eh , buat lagi sayang pun nak bergambar berpeluk dengan mat salleh mata biru kat sini" ugut Hana
"Alah...jangan lah nanti tak pasal2 je bie balik Malaysia sorang2" kata Aiman
Hana mencubit perlahan perut Aiman
Keesokkannya mereka tiba di Malaysia pada waktu petang dan dijemput oleh driver papa Aiman
Tiba sahaja dirumah mereka , kelihatan ramai keluarga Aiman berkumpul di ruang tamu
"Assalamualaikum" Aiman dan Hana memberi salam serentak
Salam mereka dijawab oleh keluarga Aiman
"Akak...ni ke menantu akak...lawanya" puji seorang wanita yang Hana tak kenal
"Haah , mesti lah lawa" kata Puan Kalisha
"Seronok tak honeymoon dekat luar negara?" Tanya wanita itu lagi pada Aiman
"Mestilah best mak ngah nak2 pula pergi dengan isteri sendiri" kata Aiman
Mereka yang lain sudah seronok mendengarnya
"Ni Mak ngah , nama mak ngah Durah sorry ye mak ngah tak datang masa majlis korang" kata wanita tadi pada Hana
Hana tersenyum sahaja kerana kekok pula tiba2
"Nama Hana kan?" Tanya mak ngah lagi
"Ye nama saya Hana" kata Hana
"Cantik nama macam tuan badan juga" puji Mak ngah lagi
"Abang Aiman..." panggil seseorang yang baru turun dari tingkat atas
Aiman dan Hana pandang serentak ke arah gadis itu
Lantas tubuh Aiman dipeluk erat oleh gadis itu
Aiman sudah memandang Hana yang kelihatan macam nak marah
"Eh Liza" tegur Aiman dan secara perlahan tubuh gadis itu ditolak
"Abang...rindunya dekat abang , sampai hati langsung tak video call Liza" kata Haliza sambil pura2 merajuk
"Erm..abang sibuk study lah" tipu Aiman
"Eh ni ke isteri abang?" Tanya Liza sambil pandang ke arah Hana
Hana juga turut memandang ke arah Liza
"Ingatkan lawa sangat biasa aje" kata Liza dengan wajah sinisnya
Hana sudah berasap dengan mulut puaka gadis itu
"Bagi abang dia cantik dan sempurna" kata Aiman sambil peluk erat bahu Hana
Membuatkan Haliza mengetap bibir geram
"Haliza behave !" tegur Puan Durah kepada anak gadisnya
"Okay sorry ye KAK Hana" perli Haliza
Hana makin geram dengan gadis itu
Sebelum dia melangkah untuk duduk disebelah ibunya dia sempat menjeling kepada Hana
Hana sudah menggenggam tangan tanda terlalu geram
YOU ARE READING
Suamiku I LUV U❤
RomanceHana Batrisha seorang gadis yang sederhana alim , seorang yang baik dan lemah lembut namun bukan seorang yang mudah dibentuk Aiman Qaiyum seorang pelajar sekolah agama yang alim bersikap lembut dan peramah dan paling susah nak dekat dengan wanita ...