●15●

3.1K 99 1
                                    

Aiman baring di atas katil dan memandang siling bilik tidur nya sambil memikirkan sesuatu

"Aiman , aku nak keluar dengan kawan aku boleh?" Tanya Hana yang baru masuk ke dalam bilik

"Pergi mana ? Dengan siapa?" Tanya Aiman yang kini bangun dari pembaringannya

"Pergi mall dengan Mira" kata Hana dan duduk di birai katil menunggu jawapan Aiman

"Hm..pergilah tapi jangan balik lewat sangat" pesan Aiman dan baring semula

"Terima kasih Aiman" Kata Hana dengan teruja dan terus berlari masuk ke bilik air untuk mandi dan bersiap

Selesai melilit selendangnya Hana menghampiri Aiman

"Aiman , aku pergi dulu tau"kata Hana dan ingin berlalu pergi sebelum tangannya ditarik oleh Aiman

"Dah tu keluar tak reti nak salam suami ke?" Tanya Aiman dengan lembut 

Hana tersenyum malu dan menyalami tangan Aiman

Tiba2 Aiman mencium dahi Hana sebelum Hana mengangkat wajahnya dari tangan Aiman

"Jangan balik lambat nanti aku rindu"bisik Aiman di telinga Hana

Hana terpaku di situ dan tidak dapat berfikir apa2

"Ni nak keluar ke tak?" Tanya Aiman sambil senyum

"Erm..nak..nak" jawab Hana dan segera keluar dari bilik mereka dengan memegang dadanya yang berdegup

"Hai jantung asal lah kau lemah sangat" kata Hana sendiri ketika dia memakai kasut sneakernya

Mira berjalan dengan Hana memusing satu mall itu tetapi barang yang dibeli hanya baju dan makeup sahaja

"Kau ni , aku ingat tadi apalah yang kau nak beli...rupanya ini aje" bebel Hana ketika mereka sedang makan di sebuah kafe

"Ala...kau ni duduk rumah pun bukannya ada buat apa pun bosan la" kata Mira

"Iyelah...ni cukup tak kau beli ke nak jalan lagi?" Tanya Hana

"Hm...rasanya cukup la kot...sebab aku pun bukannya ada banyak duit pun" kata Mira

Hana menggelengkan kepalanya

"Wei kau nak tengok wayang tak?" Ajak Mira

"Wayang? Cita apa?" Tanya Hana

"Hm..tadi kalau tak silap aku ada nampak satu cita hantu ni , thailand" kata Mira

"Nak..tapi kau tengok lah sekarang pun dah pukul 5 kejap lagi kalau kita tengok wayang pula mesti habis lambat" kata Hana

"Ish...kau ni macam ada suami aje dekat rumah tu , rileks ah..bukan lama sangat pun dalam pukul 8 mcm tu hbis la" kata Mira

Hana berfikir dengan lama dan akhirnya bersetuju

"Yes..macam tu la dah jom cepat aku nak gi beli tiket" kata Mira

"Kau tunggu sini kejap , aku nak pergi beli tiket "kata Mira dan beratur untuk membeli tiket wayang

"Hana?" Panggil seseorang dari tepi Hana

Hana pusing dan terkejut ketika melihat gerangan yang memanggil namanya itu

"Taufiq?" Kata Hana perlahan

Suamiku I LUV U❤Where stories live. Discover now