●33●

2.7K 82 2
                                    

Seperti yang Aiman janjikan hari ini mereka sekeluarga bertolak ke rumah nenek Aiman di Kedah

Aiman dan Hana menaiki kereta Aiman manakala yang lain menaiki kereta bapa Aiman

Walaupun Haliza merengek mahu naik bersama Aiman namun ibunya melarang agar tidak mengganggu pasangan itu

Hana teruja ketika dalam perjalanan ke sana

"Rindunya dengan nenek..." kata Hana

Aiman disebelah sudah tersenyum dengan perangai Hana

"Sabar sayang kita dah nak sampai" kata Aiman sambil tangan kiri mengusap kepala Hana

"Nasib baik sepupu abang tu tak naik dengan kita kalau tak menggeletis aje kerjanya dengan abang" kata Hana

Aiman ketawa dengan Hana yang masih tak berpuas hati dengan Haliza

Tak sampai beberapa jam mereka sudah sudah sampai ke rumah nenek Aiman

Nenek Aiman menyambut anak menantu dan cucunya dengan begitu gembira sekali

"Nek....i miss u..." kata Haliza sambil mendakap erat tubuh neneknya

Nek Kiah sudah buat menyampah dengan perangai Haliza , memang dari dulu Nek Kiah tak berkenan dengan perangai Haliza yang begitu berfikiran terbuka

"Hm...apa2 ja la ni hampa mai dok lama kan kat sini?" Tanya Nek Kiah

"Lama la mak..kami rindu ngan mak lagipun budak2 ni semua cuti" kata Puan Kalisha

Nek kiah sudah tersenyum gembira

"Hana mai dekat nenek rindu nenek nak peluk hang" panggil Nek Kiah

Hana dengan gembira memeluk nenek Aiman dengan begitu erat sekali

Haliza sudah membuat muka menyampah dengan neneknya yang sayang akan Hana

"Dah2 jom masuk" ajak Nek Kiah

Mereka semua masuk ke dalam rumah dan masuk ke bilik masing2

Masuk sahaja ke dalam bilik Aiman sudah baring di atas katil

Hana yang menyusun pakaian ke dalam almari itu memandang Aiman

"Bie , esok kita pergi lepak dekat sungai nak?" Tanya Hana

Aiman yang tadi berbaring terus bangun duduk dan menghadap Hana

"Nak dating dengan bie eh?" Usik Aiman

Hana buat muka dan membaling Tshirt Aiman kepada Aiman

Aiman ketawa dengan perangai Hana yang masih malu dengannya

"Sayang malam ni urut belakang bie boleh lenguh la" rengek Aiman

Hana menghampiri Aiman apabila baju sudah selesai disimpan

"Lenguh...ala kesiannya dia.." kata Hana dan mengurut perlahan belakang Aiman

"Bie kata malam ni" kata Aiman

"Kenapa mesti malam ni?" Tanya Hana

"Sayang rasa?" Tanya Aiman semula bersama senyuman nakalnya

Hana menepuk bahu Aiman

Aiman ketawa dan tangan Hana ditarik lalu digenggam erat

"Bie pergilah mandi dulu lepas tu kita solat asar sama2" kata Hana

Aiman bersetuju dan sebelum dia mencapai tuala dia mencium pantas bibir Hana membuatkan Hana terpaku diatas katil

Suamiku I LUV U❤Where stories live. Discover now