●23●

2.9K 100 1
                                    

Hana yang baru masuk ke bilik selepas mandi itu memandang Aiman yang masih nyenyak tidur sejak selepas solat subuh tadi pagi

"Aiman..Aiman kau tak nak bangun ke dah pukul 8 ni , kata nak teman aku dengan opah pergi pekan" kata Hana sambil mengeringkan rambutnya

"Pukul 8 dah , aku ngantuk gila ni" kata Aiman yang baru bangun dan masih mamai lagi

"Kalau kau ngantuk tak apa kau tidur aje biar sepupu kau tu tolong hantarkan" kata Hana yang kesian dengan Aiman

Dengar saja perkataan sepupu itu keluar daripada mulut Hana terus Aiman bangun

"Sepupu ? Banyak lah kau tak payah nak ngada2 aku boleh hantar" kata Aiman dan cepat saja capai tuala yang berada di bahu Hana

"He'eh , cepat betul dia bangun lepas dengar sepupu dia , tapi...siapa eh dia tu sampai macam tu sekali Aiman benci dia , diorang gaduh ke?" Tanya Hana sendiri

Malas nak fikir dan serabutkan kepala Hana terus mula memakai sedikit bedak di wajah dan lip balm pada bibir sebelum bersiap

Aiman yang baru siap itu sudah berada di meja makan untuk makan pagi sambil menunggu neneknya yang sedang menyenduk nasi goreng dari kuali

Hana baru turun selepas siap bertudung dan mengambil tempat di sebelah Aiman

Hana menolong menolong neneknya menuangkan teh ke dalam cawan

"Assalamualaikum" seseorang memberi salam dari luar ketika mereka baru selesai baca doa makan

"Waalaikumsalam" balas mereka serentak

Nenek Aiman yang baru nak bangun itu dihalang oleh Hana , Hana mempelawakan dirinya untuk menyambut tetamu yang datang itu

Buka sahaja pintu di depan seorang lelaki memakai tshirt berwarna hitam berseluar jean berdiri di hadapan pintu

Hana dan lelaki itu sama2 terkejut dan kekok

Lelaki tadi memandang semula rumah yang dia berada sekarang , takut2 tersalah rumah

Hana pula diam pandang lelaki tadi yang nampak macam sesat pula tiba2

"Er..sorry ni rumah nek Kiah kan?" Tanya lelaki itu

Hana menganggukkan kepalanya

"Selamat ingat salah rumah tadi" kata lelaki itu sambil tersenyum malu

"Erm..nek Kiah ada?" Tanya lelaki tadi lagi

Hana tetap tak bersuara dan hanya membalas dengan anggukkan

Hana memberi ruang untuk lelaki tadi masuk , melihat gadis itu mula bergerak ke tepi pintu lelaki itu faham gadis di hadapannya ini menjemputnya masuk

Sampai sahaja di dapur lelaki tadi terus menyalami tangan nenek Aiman

"Lah..hang ka Kimi...ingat sapa tadi" kata Nek Kiah

Hana memandang lelaki tadi

'Oh..ni lah Kimi yang laki aku benci tu' kata Hana dalam hati

Wajah Aiman sudah tegang melihat saja wajah sepupunya itu dihadapannya

"Eh Man..kau bila balik , tak bagitahu pun?" Tanya Kimi yang pura2 mesra dengan Aiman

Aiman tayang senyum palsu sebelum menyumbat sesudu nasi goreng ke dalam mulut

"Kemarin..depa balik mai" jawab nenek Aiman

"Ni sapa nek?" Tanya Kimi sambil pandang Hana yang sedang makan di hadapannya

"Oh..ni Hana cucu menantu nek la , bini Aiman" jawab nenek mereka lagi

"Oh" balas Kimi dan memandang Hana tak lepas

Aiman disebelah sudah berasap dengan renungan yang sepupunya berikan kepada Hana

"Kau belajar lagi ke sekarang?" Tanya Aiman tiba2 , saja nak suruh lelaki keparat di hadapannya ini berhenti pandang bini dia

"Haah , aku sambung belajar dekat KL" balas Kimi

"Oh" balas Aiman dengan malas

"Nek nak pergi pukul berapa?" Tanya Kimi

"Sat lah lepas nek siap kita pi , ni mai makan sekali" ajak nenek sambil sendukkan nasi goreng ke pinggan Kimi

Kimi tak menolak dan makan sambil sesekali memandang Hana

'Hana , sedap nama cantik macam tuan dia' puji Kimi dalam hati

Aiman sudah memandang Kimi tak puas hati sambil tangannya memegang erat tangan Hana di bawah meja

Hana yang perasan dengan sikap Aiman itu hanya membiarkan saja kelakuan Aiman

Suamiku I LUV U❤Where stories live. Discover now