●16●

3K 105 0
                                    

Malam itu Hana pulang agak lewat , selepas pertemuannya dengan Taufiq di Mall petang tadi betul2 membuatkan Hana terkejut

"Apa lah aku nak jawab dengan Aiman nanti?" Bebel Hana sendiri ketika dia membuka kasut di hadapan pintu masuk

Salam diberi ketika masuk ke dalam rumah namun keadaan rumah itu sunyi

Kemudian Aiman keluar dari dapur dengan membawa segelas minuman

"Kau ni pergi mana , asal lambat balik?" Tanya Aiman yang kini berdiri di hadapan Hana

"Sorry...tadi Mira ajak tengok wayang tu yang lambat" kata Hana sambil pandang lantai

"Betul ke kau dengan dia aje?" Tanya Aiman lagi

Hana menelan air liurnya berfikir sama ada patut atau tidak dia memberitahu Aiman bahawa Taufiq join dia dan Mira tadi

"Erm..tak...kami terjumpa dengan kawan lama aku lepastu dia nak join sekali and Mira setuju" terang Hana

"Kawan lama kau ? Perempuan ke lelaki?" Tanya Aiman

"Lelaki" jawab Hana perlahan

Aiman diam dia terus bergerak ke ruang tamu dan membuka TV

"Aiman...kau marah aku ke , sorry...aku betul2 tak tahu yang Mira akan setuju bila Taufiq nak join kami tadi...lepas ni aku janji aku tak keluar dah dengan Mira" pujuk Hana sambil duduk di sisi Aiman

Aiman masih diam dan memandang TV di hadapannya

Hana juga turut diam dan bangun untuk berlalu pergi namun Aiman menarik pergelangan tangannya hingga dia terduduk semula di sofa itu

"Taufiq tu kawan kau atau boyfriend kau?" Tanya Aiman dengan tiba

Hana terdiam dan menunduk dia tak tahu macam mana nak bagitahu Aiman tentang itu

Siapa Taufiq padanya?

"Tak apa lah pergi naik mandi solat isyak" kata Aiman dan melepaskan tangan Hana

"Aiman" panggil Hana

"Tak apa , kau dah jujur tadi pun dah cukup " kata Aiman sambil senyum dan memegang kepala Hana

"Kau marah aku lagi ke?" Tanya Hana

"Tak...dah pergi la naik mandi , busuk" kata Aiman sambil ketawa

Hana tarik muka dan menjeling Hana

"Kalau busuk aku tidur dekat sofa la malam ni" kata Hana yang berpura pura merajuk

Aiman berdiri dan memeluk erat tubuh Hana lalu dicium pipi Hana bertalu talu

Hana tergamam dan berdiri seperti patung bila dipeluk dan dicium Aiman

"Aku gurau je lah..." kata Aiman yang bisik di telinga Hana

"Tidur dengan aku eh malam ni" pujuk Aiman sambil meletakkan dagunya di bahu Hana

Hana tersenyum malu

"Dah aku nak mandi" kata Hana

"Nak ikut" kata Aiman

Kali ini Hana betul2 malu dan terkejut

"Tak payah nak gedik sangat" kata Hana sambil tolak tangan Aiman dan berlari naik ke atas

Aiman tergelak sorang2 diruang tamu

Suamiku I LUV U❤Where stories live. Discover now