●48●

2.9K 65 0
                                    

Hari ini Aiman dan Hana sudah mula bekerja di tempat yang mereka interview beberapa minggu lepas

Aiman sudah pun mula bekerja di Syarikat papanya manakala Hana bekerja di sebuah sekolah rendah sebagai guru bahasa inggeris

"Hana kejap lagi kita ada meeting dengan guru besar tau jangan lupa" pesan cikgu bahasa melayu yang baru berkenalan dengan hana tadi

"Ye kak saya tak lupa" balas Hana sambil senyum senang bila kedatangannya diterima baik oleh cikgu2 yang lain

"Akak ada kelas ni kejap lagi kita sembang lain ye" kata cikgu itu

"Hana jom saya tunjukkan kelas yang Hana kena gantikan guru kelas mereka tu" ajak seorang lagi guru yang merupakan guru sains

"Ni kelas 6 Jawi diorang ni ada ambik subjek bahasa arab dan aliran jawi kelas2 lain tak ambik jadi awak kena ganti guru kelas diorang dan catat rekod kehadiran" terang cikgu sains tadi

"Baik kak Husna nanti saya akan ambik kehadiran diorang ni" kata Hana

"Baguslah lagi satu awak akan ada cikgu penolong dia pula akan ganti awak bila awak ada kecemasan atau cuti dan dia juga akan ada bersama awak  bila ada apa2 event yang melibatkan guru dan pelajar kelas masing2 " kata Cikgu Husna

"Siapa kak penolong saya tu?" Tanya Hana

"Cikgu Khalish dia cikgu transfer baru kat sekolah ni dia ajar subjek matematik" kata Cikgu Husna tadi

"Oh..jadi dia akan ganti saya bila saya tak ada aje kan kak"tanya Hana

"Ye , Hana jangan risau dia tu bujang hot kat sekolah ni ramai cikgu2 yang masih single tengah try dia " kata Cikgu Husna lagi

"Ada2 aje akak ni" kata Hana

*****************************
"Encik Aiman kalau perlukan apa2 pertolongan boleh panggil saya ye saya ada dalam bilik tu" kata Amar senior Aiman di pejabat papanya

"Er..encik Amar tak perlu panggil saya encik lagipun Encik kan senior saya dan saya junior jadi wajarnya kalau saya yang hormat encik" kata Aiman

"Eh tak apa ke lagipun awak kan anak Dato Wakhil" kata Amar yang agak kekok

"Ye memang saya anak Dato tapi saya masih belajar dari bawah jadi tak perlu hormat saya sampai macam ni saya yang kekok lagipun tak lama mana pun saya training ni 6 bulan aje" kata Aiman

"Yelah dah kalau awak cakap macam tu saya masuk bilik saya kalau ada apa2 panggil aje saya" kata Amar sebelum beredar masuk ke bilik nya

Aiman memandang tempatnya yang masih kosong dan hanya ada sebuah komputer saja

Dia perlu mula dari bawah sebelum mengambil alih tempat papa nya sebagai CEO Syarikat Qaiyyum Sdn.Bhd

Suamiku I LUV U❤Where stories live. Discover now