●37●

2.7K 87 1
                                    

Petang itu Hana dan Aiman keluar bersiar siar di kawasan kampung sambil menikmati pemandangan kampung pada waktu petang

"Sayang , esok kita dah nak kena balik KL sebab mama dengan papa dah nak mula kerja lusa" kata Aiman

Hana memuncungkan bibir kerana dia rasa sangat berat hati untuk tinggalkan kampung ini

"Tak apa lah lepas ni kalau kita free kita datang lagi eh" pujuk Aiman yang memang tahu isterinya itu tidak mahu pulang ke KL

"Bie janji eh?" Tanya Hana

"Bie janji" jawab Aiman dan bahu Hana dipeluk sambil memandang kawasan padi yang kelihatan sangat cantik pada waktu senja begini

Setelah lama bersiar siar akhirnya mereka pulang pada pukul 6.40 petang dan dilihat semua orang sedang bersiap untuk ke surau sembahyang maghrib

"Hana , awat tak siap lagi kita dah nak pi surau ni" kata Nek Kiah apabila melihat Hana tidak memakai telekung

"Oh Hana cuti nek" kata Hana malu2 sebab Aiman turut berada disebelah Nek Kiah

Nek Kiah angguk tanda faham dan kemudian dilihat pula Haliza juga masih tidak siap

"Yang hang ni tak siap lagi pasaipa?" Tanya Nek Kiah pada Haliza

"Liza pun cuti" jawab Haliza dengan senyum sumbing

Nek Kiah geleng kepala tahu sangat cucu perempuannya ini memang liat nak solat

"Hang memang selalu cuti tak payah tanya pun tak pa" sindir Nek Kiah

Mereka semua sudah siap turun memakai kasut

"Sayang ok ke tinggal berdua dengan Liza dekat rumah ni?" Tanya Aiman yang risau kalau2 mereka bergaduh nanti reban pula rumah Nek Kiah dibuatnya

"Sayang ok lah bie jangan risau , dah pergi solat" kata Hana dan setelah Aiman mengejar ahli keluarga yang lain yang sudah berjalan dihadapan Hana terus menutup pintu

Dilihat Haliza duduk diruang tamu sambil menonton Tv

Hana malas nak duduk dengan Haliza jadi dia ke dapur nak kemas meja yang berselerak selepas mereka makan malam tadi

"Kau dengan abang Aiman tu betul2 ke bercinta?" Tanya Haliza yang tiba2 masuk ke dapur

"Kenapa , apa masalahnya dengan kau?" Tanya Hana dengan malas dan tanpa melihat wajah Haliza

"Tak ada masalah dengan aku tapi...yelah aku kenal sangat abang Aiman tu macam mana dia bukan suka pun perempuan bertudung labuh macam kau ni nak2 pula yang tak pandai berhias" perli Haliza dengan senyum sinis

"SUAMI aku cakap dia tak kisah pun kalau aku tak berhias sebab dia memang dah sayang aku 100% tak perlu nak raih lagi perhatian dia" kata Hana sebagai serang balas kepada Haliza

Haliza tahan geram dan berpura2 tak kisah

"Heh ! Mulut lelaki sekarang ni memang manis tapi bila kau dah ada anak dengan dia nanti aku konfirm 100% yang dia akan tinggalkan kau sebab kau dah tak menarik and waktu tu aku yang akan ganti tempat kau dekat sisi dia" kata Haliza dengan menghampiri wajah Hana

Hana diam dan direnung ke dalam anak mata Haliza kerana terlalu geram dengan kata2 nya

"Kau jangan risau sebab apa aku ni lebih muda dari kau tak salah rasanya kita berkongsi tu pun kalau abang Aiman masih nak lagi lah dekat kau waktu tu" kata Haliza lagi

Kain yang dipegang oleh Hana tadi digenggam kuat kerana terlalu marah

"Kau tak payah yakin sangat sebab Aiman cakap dia takkan sesekali berkahwin dengan ahli keluarga sendiri" kata Hana

"Abang Aiman tu sayang aku dari dulu lagi dia tak pernah berkasar atau marah aku kau nak tahu sebab apa , sebab dia sayang aku dan aku yakin kalau aku ada selalu dekat samping dia akan jadi milik aku secara sah" kata Haliza lagi dan kemudian dia terus ke ruang tamu dengan gembira sebab dapat kenakan Hana

Hana sudah hilang sabar kain tadi dibaling ke lantai kerana terlalu geram dengan perangai Haliza yang gatal nak sangat pada Aiman

Suamiku I LUV U❤Where stories live. Discover now