●20●

3.1K 96 2
                                    

Hana melihat permandangan kampung Aiman yang sungguh cantik pada waktu senja dan sesekali dia akan menangkap beberapa keping gambar untuk disimpan sebagai kenangan

"Buat apa kat luar ni senja2 , nenek cakap tak elok anak dara duduk macam  ni dekat luar nak2 pula waktu senja macam ni kena sampuk baru tahu" bebel Aiman yang duduk di sebelah Hana

"Tapi cantik permandangan dekat sini cantik...aku suka" kata Hana

"Memang la , kalau kau nak esok aku bawa kau pusing2 kampung" kata Aiman sambil pandang Hana

Hana tersenyum suka apabila mendengar perkataan 'pusing2' yang keluar dari mulut Aiman

"Janji?" Tanya Hana teruja

Aiman senyum dan bangun lalu masuk ke dalam rumah sambil diikuti oleh Hana

"Ha..dah hampa pi siap sat gi dah nak masuk waktu , kita pi sembahyang kat surau sama2" ajak nenek Aiman yang sudah bersiap memakai telekung dan duduk di ruang tamu

"Baik nek , kejap lagi kami keluar" kata Aiman dan masuk ke dalam bilik bersama Aiman

"Aiman , aku pakai tshirt aje tak apa ke?" Tanya Hana

"Pakai ajelah bukannya ada syarat pun kalau nak solat asalkan menutup aurat dah la" kata Aiman dan mengeluarkan baju melayu nya dari dalam almari

"Yelah nanti nenek cakap apa pula aku pakai tshirt dia pakai baju kurung" kata Hana

"Nenek tak kata apa la" kata Aiman yang sudah siap menyarung baju melayunya

Setelah mereka berdua siap mereka keluar dan berjalan ke surau kampung bersama nenek Aiman

Tiba di surau Aiman sudah masuk di pintu khas untuk kaum lelaki manakala Hana dan nenek Aiman masuk di pintu khas kaum wanita

Tidak sampai beberapa minit azan maghrib sudah berkumandang

Selesai sahaja solat isyak dan syarahan mereka pulang bersama sambil berborak

"Untung dapat cucu menantu lawa ramai orang tegoq hang tadi tanya sapa hang lawa sangat" puji nenek Aiman bercerita kepada Aiman

"Ye ke nek , habis nenek jawab apa?" Tanya Aiman

"Apa lagi aku habaq la cucu menantu aku , jeles la depa aku ada cucu menantu lawa macam ni" kata Nenek Aiman

Aiman tersenyum pada Hana manakala Hana tertunduk malu apabila nenek Aiman tak henti2 memujinya

"Kembang la tu" perli Aiman

Hana jeling Aiman dan nenek Aiman ketawa dengan perangai cucu2 nya itu

"Oi Kiah!" Panggil seseorang dari belakang

Mereka bertiga pusing dan melihat siapa yang memanggil nenek Aiman

"La Jah , aku cari hang tadi tak dak pun" kata Nenek aiman

Seorang nenek berjalan mendekati mereka bertiga

"Aku ada kat depan dok sembang dengan Timah" kata nenek itu

"Ni cucu2 aku baru balik petang tadi" kata Nenek Aiman

"Oh...besaq dah hang Aiman...makin segak" puji nenek itu

Nenek itu memandang pula Hana yang senyum ke arahnya

"Eh bila masa hang ada cucu perempuan?" Tanya nenek itu pelik

"Ni bini Aiman..." terang nenek Aiman

Hana menyalami tangan wanita tua itu

"Oh...bini..bila bernikah hang tak cita pon" kata nenek itu

"Dah lama dah aih..aku tak sihat tu aku tak pi majlis depa" kata nenek Aiman

Nenek itu mengangguk faham

"Tak apa la ni aku balik dulu , Aiman esok mai la rumah nenek , Fikri ada kat rumah " kata nenek itu

Aiman senyum suka dan menyalami tangan nenek itu sebelum nenek itu pulang

"Dah2 jom kita balik , sembang ngan nek jah hang lambat kita balik" kata nenek Aiman

Suamiku I LUV U❤Where stories live. Discover now