Aiman dan Hana dipandang tak berkelip oleh Mira dan Firdaus setelah mereka menceritakan status mereka yang sebenar
"Sampai hati kau kan , kata member sehidup semati tapi kau rahsiakan benda besar macam ni dari kami siap tipu lagi kata sepupu bagai" perli Firdaus yang tak berpuas hati dengan penipuan kawan baiknya sendiri
"Aku minta maaf korang , aku bukannya nak tipu korang tapi kau tahu kan macam mana aku nak bagitahu semua orang yang aku ni dah kahwin dan Hana isteri aku lagipun kalau aku cakap yang kami ni suami isteri mesti kau dengan Mira tak percaya" kata Aiman
"Tapi still lah korang rahsiakan perkara sebesar ni dari kami ke korang tak anggap kami ni kawan baik korang?" Tanya Mira
"Mira..tak baik kau cakap macam tu kami cuma tunggu sampai kita semua dah habis belajar baru kami nak bagitahu korang lagipun perkahwinan kami ni sebab pilihan keluarga bukannya sama2 suka nak kahwin" kata Hana sambil memandang Mira
Firdaus memandang Hana dan Aiman
"Tak kisahlah nak marah korang pun bukannya ada guna , aku minta maaf sebab syok kat bini kau" kata Firdaus pada Aiman
Aiman bernafas lega apabila Firdaus boleh menerima berita ini
"Disebabkan kau tak tahu yang Hana ni bini aku jadi aku maafkan so lepas ni kau kena buang perasaan kau tu pada Hana" kata Aiman
Firdaus senyum pada Aiman
"Mira..aku minta maaf" pujuk Hana pada Mira
Mira mengeluh dengan perangai kawan baiknya ini
"Fine..aku maafkan and selamat pengantin baru eh silap lama" kata Mira sambil senyum pada Hana
Hana sudah melepaskan nafas lega
"Aku pun sama nak ucapkan selamat pengantin lama" kata Firdaus
Aiman dan Hana hanya senyum
Mereka kembali berbual tentang macam mana mereka berkahwin dan kehidupan mereka selepas itu
"So korang dah start suka satu sama lain lah ni?" Tanya Firdaus
Aiman diam menanti jawapan Hana
"Erk..kami baru nak mulakan hidup sebagai suami isteri dan saling nak kenal antara satu sama lain" kata Hana
Aiman senyum mendengar jawapan Hana , dia tahu pasti akan peluang baginya untuk berada dalam hati Hana
"Haih..jelesnya...kalau macam ni aku pun nak kahwin juga lah" kata Firdaus sambil buat muka sedih
"Gatal betul kau ni" kata Mira
"Dah ada calon ke?" Usik Aiman
"Dah , baru je official tadi" kata Firdaus
Membuatkan Hana dan Aiman terkejut dengan pengakuan Firdaus
"Siapa?" Tanya Aiman
Mira disebelah sudah merona malu dengan pengakuan Firdaus tadi
"Ni sebelah Hana ni" tunjuk Firdaus pada Mira yang berada di hadapannya
Hana dan Aiman memandang satu sama lain sebelum tersenyum
"Oh ...kau diam2 eh ngorat Mira belakang kitaorang" perli Aiman
"Eh mana ada aku just tak perasan je yang selama ni aku sebenarnya sukakan Mira tapi aku nafikan sebab yelah kita kan kawan" kata Firdaus
Hana memandang Mira disebelahnya yang sudah tersenyum malu
"Apapun tahniah korang" ucap Hana pada Mira dan Firdaus
"Thanks kami pun baru lagi jadi nak kena kenal dulu and maybe sebelum ambik result Spm aku nak meminang dia" kata Firdaus
Mira sudah terkejut dengan hasrat Firdaus yang ingin meminang dirinya
"Wow...tahniah Mira" kata Hana sambil peluk bahu Mira
"Apa2 ajelah yang penting kau tu jangan buat lagi perangai gatal kau dan sakitkan hati aku" kata Mira
"Janji" balas Firdaus
"Geli pulak aku , kami yang dah kahwin tapi orang lain pula yang bersemut" perli Aiman sambil menyedut airnya
"Eleh..jeles la tu..." perli Firdaus pula
Aiman sudah jeling Firdaus
"Jeles? Tak ada maknanya aku kalau nak buat lebih pun boleh tau halal lagi" kata Aiman
Hana sudah malu dengan kata2 Aiman itu
"Ei..kau ni kot ya pun tak yah la cita kat aku saja la tu nak suruh aku cepat2 kahwin dengan Mira" kata Firdaus
"Eh dah2 tak payah nak rosakkan otak dengan telinga aku ni dengar benda2 18sx korang ni ya" kata Mira
Hana disebelah sudah menjeling Aiman dan Aiman mengenyitkan matanya pada Hana
YOU ARE READING
Suamiku I LUV U❤
RomanceHana Batrisha seorang gadis yang sederhana alim , seorang yang baik dan lemah lembut namun bukan seorang yang mudah dibentuk Aiman Qaiyum seorang pelajar sekolah agama yang alim bersikap lembut dan peramah dan paling susah nak dekat dengan wanita ...