2 bulan kemudian♧
"Yeay!!!! Spm dah habis.." jerit Hana dan Mira bersama
Aiman dan Firdaus sudah menepuk dahi dengan perangai mereka berdua itu yang tak tahu malu menjerit di depan dewan
"Eh kita kan dah habis exam apa kata kita pergi makan sekali dekat restoran Hangul tu" ajak Firdaus kepada Aiman
Hana dan Mira yang baru datang mendekati mereka turut mendengar ajakan Firdaus
"Aku on je" kata Mira dengan excited
Hana pandang Aiman kalau Aiman setuju dia pun ikut sekali kalau tak tak mungkin lah dia nak pergi sendiri
Aiman bersetuju dan begitu juga Hana
Mereka pulang ke rumah masing2 untuk bersiap dan berjumpa di restoran tersebut pada pukul 2 petang nanti
Sampai sahaja ke rumah Puan Kalisha dan encik Wakhil sudah menunggu mereka di ruang tamu
"Mama dengan papa buat apa dekat ruang tamu ni dengan kek bagai" tanya Aiman yang baru masuk ke dalam melihat banyak makanan di ruang tamu
"Nak sambut kamu berdua lah kan dah habis exam jadi kami siapkan suprise untuk kamu" kata Encik Wakhil
Hana sudah tersenyum suka dan memeluk mamanya dengan erat
Aiman turut duduk di sebelah Hana dan mereka makan sambil berbual tentang rancangan Aiman dan Hana selepas ini
"Ah sebelum papa lupa malam ni nenek nak datang , nenek akan tinggal sini seminggu" kata Encik Wakhil
Hana sudah teruja mendengar saja nenek mereka akan datang
"Siapa yang ambik nenek nanti?" Tanya Aiman
"Papa dengan mama , nanti kami akan ke stesen bas ambik nenek kamu" kata Puan Kalisha pula
Aiman sudah mengangguk
Mereka berdua naik ke atas untuk bersiap nak keluar dengan Mira dan Firdaus nanti
"Sayang" panggil Aiman yang sedang membuka butang baju sekolahnya
"Hm" jawab Hana
"Bie ingat nak bagitahu dekat Firdaus dengan Mira pasal kita" kata Aiman
"Pasal kita?" Tanya Hana tak faham
"Yelah pasal status kita , bie tak nak la berahsia lama2 lagipun kita pun dah habis sekolah " kata Aiman
Hana diam memikir kata2 Aiman itu
"Hm..yelah ikut bie lah" jawab Hana
Aiman sudah senyum suka dan terus masuk bilik air
Hana pula sedang membuka tudung sekolah nya dan diambil telefon untuk chat dengan Mira sementara menunggu Aiman selesai mandi
Mira: kejap lg aq dgn Firdaus dtg amek krg tau😉
Yelah nnti dh sampai call aq 😋 : Hana
Mira : baik...pegi siap cpt kang lambat pula pesankan dkt Aiman skali
Yelah bos...kejap saya pesan ye! : Hana
Aiman yang baru keluar dari tandas itu menegur Hana
"Pergilah siap nanti lambat pula" kata Aiman sambil mengeringkan rambutnya
"Bie kejap lagi Firdaus datang ambik dengan Mira tau" kata Hana sambil mencapai tualanya
"Bagus juga bie memang malas nak drive" Aiman segera bersiap
Hana pula sudah masuk ke bilik air dan tak sampai 30 minit Hana sudah selesai mandi , setelah mereka berdua bersiap mereka solat zohor dahulu baru mereka keluar dan tunggu di hadapan pagar tepat pukul 2.05
Tak sampai beberapa minit kereta milik Firdaus sudah sampai di hadapan rumah banglo milik bapa Aiman
Mereka bergerak ke restoran tersebut dengan keadaan dalam kereta yang riuh dengan gelak tawa mereka berempat
YOU ARE READING
Suamiku I LUV U❤
RomanceHana Batrisha seorang gadis yang sederhana alim , seorang yang baik dan lemah lembut namun bukan seorang yang mudah dibentuk Aiman Qaiyum seorang pelajar sekolah agama yang alim bersikap lembut dan peramah dan paling susah nak dekat dengan wanita ...