●21●

3K 90 4
                                    

Hana pandang Aiman dengan muka tak percaya

"Kenapa ni , jom la cepat kata kelmarin nak ronda2 kampung" kata Aiman

"Yelah memang kita nak ronda kampung tapi...takkan nak naik motor ni kot , lagipun kau pandai ke bawa motor?" Tanya Hana yang kurang yakin apabila melihat Aiman sudah bersedia di atas motor menunggunya

"Hello cik isteri , sebab suami awak ni pandai bawa motor la dia bawa keluar motor legend arwah datuk dia kalau tak takkan la dia nak biar isteri kesayangan dia ni jatuh dalam sawah padi tu kot" sindir Aiman

Hana yang mendengar sindiran Aiman itu perlahan lahan memanjat motor buruk itu

Dan tanpa memakai helmet mereka berdua meronda satu kampung , ala kampung aje kan mana nak ada polis buat rondaan kalau tak pakai helmet kan

Mereka bersiar siar di kawasan yang ada sawah padi dan akhirnya mereka berhenti seketika di sebuah kedai runcit kecil yang menjual bahan dapur dan lain2

Aiman membeli dua kon aiskrim coklat dan membawa Hana duduk di tepi sungai sambil makan aiskrim

"Kalau aku tahu kampung kau ni cantik macam ni , dah lama aku ajak kau balik setiap hujung minggu" kata Hana sambil menjilat aiskrimnya

"Banyak la kau , habis yang nak drivenya  aku , kau tak apa la tidur aje kerja" perli Aiman

Hana tayang muka senyum sumbing

"Man , kejap lagi aku nak pergi yang tempat tadi tu ada aku nampak macam ada taman buaian" kata Hana sambil pandang Aiman dengan wajah yang berharap

"Oh..taman tu , esok aje lah hari ni aje dah satu kampung kita pusing aku letih la" kata Aiman

"Ala...boleh la...lagipun kita naik motor bukan jalan kaki" kata Hana

"Hana...esok pagi kita pergi eh , lagipun kejap lagi aku nak bawa kau pergi rumah nek Jah aku dah lama tak jumpa sepupu aku tu" kata Aiman

"Rumah nek Jah?" Tanya Hana minta penjelasan

"Nenek yang semalam tu yang tegur nenek kita tu" kata Aiman

Hana mengangguk tahu

"Dah jom balik mandi solat asar lepas tu kita pergi" ajak Aiman yang sudah siap bangun dan menghampiri motor

Hana juga turut bangun dan menyapu seluarnya yang melekat dengan pasir


Selesai solat asar bersama Aiman dan Hana ke rumah Nek Jah berdua sambil membawa bekas yang Nenek Aiman kirimkan

"Assalamualaikum" Aiman memberi salam

Tak sampai beberapa saat salam aiman dijawab oleh nek Jah

"La..Aiman dengan Hana ka" kata Nek Jah dan membuka pintu pagar untuk mereka berdua

"Nek Jah , Aiman datang nak jumpa Fikri , dan ni nenek kirim lepat pisang" kata Aiman sambil menghulur bekas berisi lepat pisang itu pada nek Jah

"La..terima kasih nah habaq kat nek , mai masuk tu Fikri ada kat ruang tamu tu dok main telepon dia" kata Nek Jah

Aiman dan Hana masuk

Aiman ke ruang tamu manakala Hana ikut Nek Jah ke dapur membantu wanita tua itu menyediakan air dan menghidang lepat pisang yang dibawa untuk minum petang

"Wei..Man..kau bila balik?" Tanya Fikri mendakap erat tubuh sepupunya itu

"Aku balik kelmarin, tak tahu pula kau pun balik" kata Aiman

"Haah , mama aku suruh aku balik sini tengok2 kan nenek aku yelah cuti kita pun panjang kan" kata Fikri

"Hm.. , ni kau sihat?" Tanya Aiman

"Sihat...kau nampak macam...makin happy je ni haih...ada apa2 ke yang aku tak tahu?" Tanya Fikri dengan wajah mengenakan sepupunya itu

"Banyak lah kau , tu lupa la tu aku dah kahwin kan" kat Aiman

Fikri tercengang

"Kau...allah...aku lupa...kau ada email aku kan malam kau kahwin tu...sorry2 aku lupa" kata Fikri

Aiman buat muka pada Fikri dan membaling bantal kecil disebelahnya pada Fikri kerana cepat sungguh dia lupa pekara besar itu

"Mana isteri kau?" Tanya Fikri

"Ada kat dapur ngan nenek kau" kata Aiman

Fikri senyum dan pandang sepupunya itu

"Padanlah happy semacam anyway selamat pengantin lama sepupuku , sorry sebab tak datang majlis akad nikah kau tu" kata Fikri

"Thank you alah benda kecil je tu pun" kata Aiman

Tak lama Hana dan Nek jah datang membawa dulang untuk minum petang

Fikri sempat berkenalan dengan isteri sepupunya itu

Suamiku I LUV U❤Where stories live. Discover now