Bab 2 💦

7.3K 867 55
                                    

"Ehem.. Encik Jimin, tolong buka kasut boleh?" Pinta aku selepas aku menyerahkan Helena kepada Kak Nara di belakang tadi, sekaligus mengadu dekat dia tentang 'jembalang pendek' ni.

"Nah, laporan kewangan tu." Arahan aku tidak diambil pusing, fail kewangan tu diletakkan di atas meja. Aku menarik nafas panjang.

"Buka kasut."

"Dah siap nanti, serahkan dekat Nara. Jangan sabotaj pula." Aku makin hilang sabar. Jimin pusingkan tubuhnya membelakangkan aku dan dia terus pergi. Aku?!

"Eee.. menyampahnya!"

"Apa dia, Haerin?" Aku menoleh. Kak Nara keluar dari bilik belakang sambil mendukung Helena.

"Tu lah! Lelaki tadi tu! Dia tak buka kasut, saya cakap dia buat tak tahu je. Sakit hati saya." Adu aku lagi. Kak Nara cuma ketawa. Dia menepuk-nepuk bahu aku.

"Dia memang macam tu. Dia macam tak ada perasaan sikit. Entahlah, akak dengan dia berbaik pun sebab Hoseok ugut dia. Kalau..."

"Kalau dia tak nak berbaik dengan akak, Hoseok berhentikan dia kerja." Aku sambung. Kak Nara mengangguk-angguk sambil tersengih.

"Betullah tu! Ambil masa jugalah akak nak senang bercakap dengan dia. Tapi lama-lama okey. Walaupun dia macam tu, tapi hati dia baik sangat." Kata Kak Nara. Aku dah tak tahu nak cakap macam mana dengan sikap Kak Nara yang polos ni. Orang buat jahat dengan dia pun, dia baik je.

Aku? Hmm.. hari ni orang buat aku, petang tu juga aku pergi bunuh dia.

"Oh ya, saya nak semak laporan kewangan ni. Boleh tolong saya?" Pinta aku. Kak Nara angguk.

"Boleh. Jom."

*****

Jimin, Hoseok dan Jungkook berkumpul di dalam bilik mesyuarat di bangunan Hoseok. Jungkook bukan pekerja di sini. Dia seorang tutor di pusat pengajian persendirian bagi para pelajar universiti yang tidak mahukan orang ramai di sekeliling mereka. Datang ke sini untuk buat semak.

"Kau dah hantar laporan kewangan kat Nara?" Soal Hoseok. Jimin angguk.

"Dah. Ada budak perempuan yang sambut tadi. Nara kat belakang, berehat." Kata Jimin. Hoseok mengerutkan dahi.

"Budak perempuan? Siapa?"

"Adik ipar akulah tu. Dia baru je habis belajar. Tak tahu nak kerja mana, dia kerja dengan Nara." Kata Jungkook. Hoseok mengerutkan dahi makin kuat.

"Kenapa Nara tak bagitahu aku?"

"Eh, manalah aku tahu. Entah-entah kau lupa. Yelah, sejak Nara pregnant ni, kau punya wayar banyak putuskan?" Selamba Jungkook berkata. Ada senyuman sikit pada bibirnya. Sinis.

"Amboi."

"Berapa umur adik ipar kau tu?" Soal Jimin, tiba-tiba. Jungkook menggumam sekejap.

"21 rasanya. Hessa sebaya aku."

"Hmm.. muda lagi." Hoseok dan Jungkook sama-sama memandang Jimin yang kerap termenung. Bukan sekarang, tapi sejak dulu lagi pun sama. Pantang sendirian je, termenung. Dah bertiga macam ni pun termenung juga.

"Asal kau tanya? Berkenan?" Tanya Jungkook. Jimin mengeluh. Wajahnya tetap beku tak berperisa.

"Bukan berkenan. Tapi mirip." Kata Jimin. Jungkook dan Hoseok pula yang mengeluh.

"Sangat ke?" Jimin angguk. Pen yang berada di tangan terus dilempar lemah atas meja. Dia bangun.

"Nak pergi mana pula tu?" Soal Hoseok. Jimin jawab sepatah.

"Keluar."

Terkatup sahaja pintu bilik mesyuarat, Jungkook dan Hoseok sama-sama termenung. Kemudian mereka pandang sesama sendiri.

"Kau rasa?" Hoseok angkat kening. Jungkook angkat kedua belah bahu pula.

"Manalah aku tahu. Haerin dengan Yaera orang yang.. berbeza."

"Manalah tahu... perasaan pun sama?"

Jungkook diam. Dia tiada jawapan untuk itu.

[COMPLETED] If I Be Your Wife 내가 네 아내라면 (Jimin BTS)Where stories live. Discover now