Bab 44 💦

8.9K 767 62
                                    

Sejak kejadian itu, aku rasa hubungan dan Jimin macam janggal. Memanglah bertambah baik tapi aku tak tahulah kenapa, aku rasa dia macam terpaksa je. Sebab nak menjaga hati aku. Sebab tak nak aku lari dari dia. Haih... tapi ada satu hari tu dia bersedih sebab aku langsung tak bertegur dengan dia. Lepas balik dari lapangan terbang. Aku terlalu terkesan. Lagi-lagi bila balik kondo. Rasa terbayang saat aku dilempangnya. 

Masih rasa sakit sehinggalah sekarang. 

Bilik itu sudah pun kosong. Aku rasa, Jimin sendiri yang bersihkan. Nak jadikan bilik apa, aku tak tahu. 

Aku di bilik. Duduk di atas katil sambil menyelak majalah. Jimin di luar, makan agaknya sebab aku ada sediakan makanan tadi. Apabila dia siap sahaja dan ingin masuk ke dalam, aku terus bangun untuk keluar.

"Nak pergi mana?" Perjalanan aku dihalang. Aku membawa anak patung pemberiannya juga untuk keluar. 

"Tidur."

"Tidur luar lagi?"

Aku angguk. Ya, aku masih tidur berasingan darinya. Jimin mengeluh.

"Sayang.."

"Jimin, saya tak nak awak layan saya sebab terpaksa. Tolonglah.. saya tak nak dilayan macam ni secara mendadak." Kata aku. Betul-betul aku tak senang dengan Jimin. Jimin memandang aku. Aku tak selesa. Jadi aku kembali ke birai katil dan duduk.

"Untuk apa saya kahwin dengan awak kalau saya tak pernah sekalipun rasa bahagia?" Aku di birai katil kanan, dia di birai katil kiri. Kami membelakangkan tubuh masing-masing.

"Dan untuk apa saya kahwin dengan awak kalau awak tak pernah cuba nak bawa saya lari dari kisah silam?" Aku terdiam. Dia.. dia nak aku usaha untuk tu?

"Saya dah usaha, tapi awak..."

"Haerin..." Jimin tiba-tiba bangun dan dekat dengan aku. Dia duduk melutut, tangannya di atas paha aku. Aku telan liur. Seperti biasa, sentuhan dia merenjatkan tubuh aku. Macam ada arus voltan yang tinggi kerana sentuhannya.

"Tolong buat saya cintakan awak, macam mana saya cintakan bekas isteri saya." Aku ketap gigi. Aku tak boleh menahan tangisan. Aku terus peluk Jimin. Erat.

"Saya tahu, awak cintakan saya, Jimin."

"Saya akui benda yang sama. Saya cintakan awak. Tapi saya tak tahu kenapa hati saya tak boleh sama macam saya cintakan bekas isteri saya."

"Sebab saya dan dia orang yang berbeza, sayang." Aku leraikan pelukan, dahinya aku kucup lembut.

Jimin.. dia ego. Tapi dia pernah menangis kerana aku sebab aku cuba tinggalkan dia. Hampir berjaya, tapi aku tak berjaya juga. Aku terlalu sayangkan dia.

Jimin kembali menarik aku ke dalam pelukan. Aku tersenyum. Belakang kepalanya aku usap perlahan.

Haih.. kenapalah awak comel sangat ni, Jimin?

"Sayang..." Jimin memanggil.

"Hmm?"

"Malam ni tidur dengan saya. Eah?" Aku pejam mata rapat. Senyum. Kemudian aku angguk-angguk.

"Okey."

○ ●●●● ○

Nak gaduh lagi ke? Hahahahahaha ada lagi satu je modal yang saya boleh buat mereka gaduh. Nak tak? Kalau nak.. saya buat. Jadi dia panjang sikitlah. Kalau tak nak, bab 50 dah habis, malam ni ah 😂😂😂. Byeee. Fikir2kanlah.

[COMPLETED] If I Be Your Wife 내가 네 아내라면 (Jimin BTS)Where stories live. Discover now