Bab 35 💦

6.7K 760 39
                                    

"Daelia macam mana? Dia okey?" Soal Jimin setelah fail kewangan diserahkan di atas meja Hoseok untuk ditandatangani. Hoseok menumpukan perhatiannya kepada Jimin.

"Belum. Dia masih rasa kurang, tak sempurna. Lagi-lagi sekarang Nara pregnant. Kau fahamkan perasaan insecure tu macam mana?" Jimin mengangguk-angguk.

"Yoongi?"

"Dia tengah uruskan rumah dekat China. Nak tukar kewarganegaraan. Nak duduk terus sini." Kata Hoseok. Jimin faham. Selama dua tahun lebih Daelia menghilang, rupa-rupanya dia ke China dan menetap di sana. Ibu bapanya pula di Kanada. Daelia dan Yoongi disatukan atas pilihan keluarga.

"Oh ya, aku nak tanya kau sesuatu." Hoseok membetulkan duduk. Dia meletakkan kedua belah tangan di atas meja. Mata merenung Jimin.

"Tanya apa?" Soal Jimin.

"Sampai bila kau nak ego macam ni?" Soal Hoseok. Kelu Jimin. Dia memandang ke tempat lain.

"Entahlah. Tak tahu."

"Aku tahu kau pun sayang. Tapi janganlah teruk sangat kau nak bidas perasaan kau sendiri, Ji. Sakit." Kata Hoseok. Jimin pantas mengangguk-angguk. Dia faham.

"Aku sedar, sejak aku kahwin dengan dia, aku dah boleh perlahan-lahan lupa tentang kisah lama. Kadang-kadang aku rasa bodoh sangat sebab selalu buat dia sakit hati. Aku sedar semua tu. Tapi kau fahamkan, aku tak nak bercinta lagi. Aku dah janji dengan Yaera, aku tak akan cinta orang lain selain dia."

Mendengus Hoseok. Terasa mahu dipelangkung kepala Jimin. Susah sangat nak mengaku bahawa dia juga mencintai isterinya sendiri.

"Berjanji dengan orang yang dah tak ada, macam kau bertepuk sebelah tangan."

"Tak, aku tak tahulah kenapa. Tapi perasaan aku dengan Yaera, langsung tak sama dengan perasaan aku pada Haerin. Kau faham tak maksud aku?"

"Ya, aku faham. Dah terang-terang diorang lain-lain. Apa kau ingat muka sama, semua benda sama?" Jimin diam. Hoseok menggeleng-geleng.

"Aku cakap bodoh karang kau marah aku. Bukan aku tak tahu, kau sakit-sakitkan hati dia selama ni sebab tak nak dia tahu kau pun sayangkan dia, kan? Kau layan dia baik masa kita kat Jeju sebab kau terlupa semua misi kau. Eee.. aku rasa macam nak tumbuk-tumbuk je." Terkeluar suara mak nenek Hoseok. Menjeling Jimin melihat rakannya yang seorang ini.

"Susah nak cintakan orang ni, Seok."

"Senang kalau kau ikhlas."

Ikhlas. Jimin, kau ikhlas ke?

"Aku ikhlas dengan isteri aku yang sekarang." Kata Jimin. Hoseok diam. Tak tahu nak cakap apa lagi dah. Susah bercakap dengan orang yang ego seperti Jimin.

"Sekarang, terpulang kepada kau. Nak mengaku ke tak, nak ego ke tak, silakan. Aku dah all out. Nanti, kalau Haerin dah berputus asa, kecewa, letih dan penat, dia lari, jangan tanya aku kenapa. Masa tu, kau tanya diri kau sendiri. Aku tak nak ambil tahu. Yang putih mata kau, bukan aku. Aku ada Nara. Dah, bye! Aku lapar. Nak makan."

Ditinggal Jimin sendirian. Lelaki ini seperti terpempan setelah mendengar Hoseok menyebut perkataan 'tinggal'.

Haerin tinggalkan aku? Mampu ke aku hidup tanpa dia lepas ni?

○ ●●●● ○

Dah faham sikit2 kan? Hahahahahaha jimin ni ego je sebenarnya. Dia terlalu terikat dengan bekas isteri dia, sampaikan dia terpaksa usir prasaan cinta dekat haerin. Dia macam rasa mengkhianati cinta Yaera. Dalam kata erti lain, jimin memang setia gila2. Yeahh.. macam susah nak sokong siapa en? Hhahahahahah

[COMPLETED] If I Be Your Wife 내가 네 아내라면 (Jimin BTS)Where stories live. Discover now