Bab 46 💦

8.1K 695 13
                                    

Aku perhatikan langkah kaki Kak Nara yang mula perlahan sejak kandungannya masuk 30 minggu. Lebih kurang dalam 7 atau mencecah 8 bulan. Tapi lain macam besar je perut Kak Nara. Kali ini adalah anak lelaki, mengikut pemeriksaan jantina dulu. 

"Kak Nara, duduklah dulu. Janganlah berjalan-jalan. Risaulah saya tengok." Kata aku. Aku tak betah melihatnya berjalan sentiasa. Hoseok pun pernah bagitahu, Kak Nara kerap sangat pengsan. Sama macam mengandungkan Helena dulu. 

"Entah tu, Nara. Duduklah. Lagipun saya boleh buat kerja semua ni." Sampuk Daelia. Aku mengangguk setuju dengannya. Daelia bukan bekerja di sini, tetapi dia lebih kepada membantu supaya butik ini sentiasa dalam pemantauan. Daelia tak boleh melakukan kerja yang lasak atau yang boleh memudaratkan emosinya. Jadi apa yang aku tengok sekarang, dia gembira berada di sini. Bolehlah dia gantikan aku kalau aku dah tak ada nanti.

"Tak, tadi kemeja tu jatuh. Saya betulkan." Kata Kak Nara. Berkerut-kerut mukanya ketika mahu duduk di atas kerusi. Fuh.. lain macam je aku tengok Kak Nara ni. Daelia pun turut sama macam berkerut-kerut muka.

"Akak okey ke ni? Tengok macam nak terbersalin pula."

"Pinggang sakit. Akak rasa kaki baby dekat atas sekarang." Kata Kak Nara. Aku faham maksud dia. Keadaan bayi sekarang terbalik dan menyebabkan Kak Nara rasa senak dan penuh. Ini baru 7 bulan lebih. Kalau dah nak dekat nanti?

"Tak dapatlah saya nak tengok baby lahir nanti." Kata aku. Pantas Kak Nara dan Daelia pandang aku.

"Kenapa pula?"

"Hujung minggu ni saya dah nak balik ke UK. Sambung sem." Kata aku, sedih sikit sebab aku dah hampir tiga bulan di sini. Terus berubah muka Kak Nara. 

"Alahh.. cepatnya." Aku hanya mampu senyum sahaja. Tiba-tiba rasa sedih tu melampaui batas pula. 

"Lepas enam bulan nanti, barulah saya ke sini lagi." Kata aku. Makin tercemik wajah Kak Nara. Cepat-cepat dia bangun memeluk aku. Aku nak tergelak. Daelia menggeleng-geleng. Ada senyuman terbit di wajahnya.

"Nara, nanti kita ajaklah suami-suami pergi ke UK. Jimin mesti rindu juga nanti." Kata Daelia. Besar mata aku. Meremang pula aku bila dengan 'suami-suami' disebut. Mesti Hoseok, Jungkook, Yoongi dan suami aku, Jimin. Fuhh.. hebat. Aku tak sangka langsung kami semua dah berkahwin dan mempunyai anak. Eh, aku tak. Mereka je. 

"Tak boleh pindah ke, Haerin?" Tanya Kak Nara. Tubir matanya sudah berair kerana sedih menangis sikit tadi.

"Tak bolehlah, Kak Nara. Kalau pindah, saya kena ulang semula. Membazir je rasanya." Kata aku. Kak Nara mengangguk-angguk faham.

"Betul kata Haerin tu, Nara. Biarlah dia sambung belajar. Lagipun Hoseok kan ada rumah dekat sana. Bila-bila free nanti, kita ke sanalah jumpa Nara." Pujuk Daelia. Aku senyum. 

"Boleh je, Daelia. Saya sentiasa tunggu. Boleh bawa semua jalan-jalan. Kan?" Aku cuba menggembirakan Kak Nara. Tapi makin sedih pula mukanya. Alahai, ibu mengandung ni susah betul nak jangka! Sekali lagi, dia memeluk aku. Aku turut memeluknya. Kali ini dengan Daelia sekali peluk. Kak Hessa pula tak ada. Si kembar demam. Dah nama pun kembar, dua-dua sekali kena. Punca?

Daddy Jungkook. Dasar abang ipar, kesian anak-anak saudara aku. Demam biarlah sendiri! Ini tidak, diangkut satu keluarga sekali. Teruk juga si kembar sehingga ditahan di hospital kerana lemah. Setiap masa pasang alat yang menekup hidung untuk mencairkan kahak dan hingus. 

Syukurlah, aku rasa sekarang semuanya kembali normal. Cuma aku tak dapat bayangkan hendak berpisah dengan Jimin nanti. Aku baru je nak kenal-kenal dia lebih dekat. Tapi terpaksa pula berjauhan selama beberapa bulan. 

Haih... macam mana nak belajar ni? Kalau hati aku dekat sini, Jimin yang menjaga? Huwargh!

[COMPLETED] If I Be Your Wife 내가 네 아내라면 (Jimin BTS)Where stories live. Discover now