Bab 7 💦

5.9K 796 45
                                    

Aku tengah fikir-fikir sambil berjalan ke kanan dan ke kiri. Betul ke aku nak ke pejabat Jimin ni? Selagi aku tak dapat apa yang aku nak, aku mesti kena dapatkan!

"Kak Nara..."

Kak Nara panggung kepala dari komputer di kaunter dan memandang aku dengan senyuman. Haih.. Kak Nara. Senyum macam tu pun cantik.

"Ya.."

"Nak minta tolong boleh tak?"

"Tolong apa?"

"Saya nak keluar sekejap, nak pergi pejabat Hoseok. Ada benda nak kena selesaikan. Emm.. boleh tak nak pinjam kereta akak? Saya tak bawa kereta hari ni" Kata aku dengan berhati-hati. Punyalah aku takut kalau Kak Nara tanya lebih-lebih kat aku sebab sekarang pelanggan tengah ramai, aku tak sampai hati nak tinggalkan dia. Tapi dia terus je hulurkan kunci kereta dekat aku.

"Pergilah. Oh ya, tolong belikan akak blueberry boleh? Ni... si kecil ni mogok tak nak makan kalau tak ada blueberry." Aku pandang Helena yang sedang berguling di atas karpet berbulu.

"Dah macam Hoseok je."

"Anak dia."

Aku ketawa. Aku terus berkemas dan meminta diri. Sampai sahaja di kereta, aku menarik keluar telefon dari poket. Ingat nak telefon Jimin. Tapi... ah tak payahlah. Nak 'surprise' kononnya. Aku siap beli dessert lemon cake semata-mata untuk mengkaburkan mata dia, bahawa aku datang ke sini bukan sahaja untuk beri dessert tersebut, tapi aku mahukan jawapan yang bersih dari najis kotoran.

Kah!

*******

"Sejak dua menjak ni aku selalu tengok kau macam tak... tenang je. Buat kerja tak kena, pegang gelas air pun kadang-kadang macam tak kukuh je tangan kau. Kau kenapa? Demam?" Panjang lebar statement yang diberikan oleh Hoseok selepas melihat Jimin masuk ke dalam biliknya dengan wajah yang sugul.

"Entahlah. Tak tahu."

"Kau teringat eah?"

Jimin diam. Wajah Hoseok dipandang tanpa berkelip. Kemudian Hoseok terus menggoyakkan senyuman.

"Pergilah jumpa, bagitahu yang dia tu sama dengan..."

"Aku tak nak. Nanti aku tak boleh move on." Kata Jimin. Perlahan sahaja suaranya. Hoseok jatuh simpati.

"Kau kena ingat, mereka bukan orang yang sama. Muka sama tak bermakna semuanya sama." Kata Hoseok. Jimin diam. Dia memejamkan mata, sembamkan muka atas lengan. Cuba menghilangkan wajah orang yang sedang memukul pintu hatinya untuk mengingatkan semula tentang kejadian itu.

"Oh ya, semalam kau jumpa diakan? Untuk apa?"

"Dia nak tanya aku pasal tu." Hoseok faham.

"Kau bagitahu tak?"

"Memang taklah. Aku terus pergi. Tinggalkan dia."

Hoseok mengeluh. Dia ketawa sambil menggeleng kepala. Jimin tayang muka tak puas hati.

"Asal kau gelak? Ingat aku main-main ke? Adik Hessa tu selalu buat aku tak tidur malam tahu tak? Cara dia cakap, cara dia berjalan, semua benda yang ada pada dia, semua sama! Macam manalah aku nak bertahan, Hosek? Berapa kali je aku matikan telefon kalau dia tengah call aku. Kalau aku dengar dia lama sikit je, aku rasa macam Yaera yang tengah call aku. Bukan adik Hessa. Aku terlalu rindu Yaera."

Hoseok terdiam. Melihat wajah Jimin yang mula bertukar kemerah-merahan akibat perasaannya yang tertahan. Hoseok kini faham, kehadiran Haerin Hessa membuatkan Jimin tak boleh duduk diam.

"Kalau bukan sebab kerja, aku tak nak jumpa dia."

"Kahwinlah dengan Haerin."

Terus laju kepala Jimin terangkat mendengar hal itu.

"Gila ke apa?"

"Kalau dengan cara itu je kau boleh jadi macam dulu. Tak selaser sekarang." Kata Hoseok. Jimin mendengus. Tergeleng kepalanya.

"Aku tak sekejam tu. Kahwin dengan dia bukan sebab aku cinta, tapi sebab kisah silam."

"Ajarlah hati kau supaya cintakan orang lain."

Jimin terus berdiri. Hoseok langsung tak teekejut. Dia hanya tersenyum sahaja.

"Hati aku tak akan berpaling dari Yaera walaupun muka adik Hessa sama dengan dia. Tak akan." Jimin terus pergi. Matanya terasa kabur. Macam ada sesuatu yang ingin tumpah.

Tahan, Jimin. Jangan lepaskan semuanya dekat sini.

"Tuan Jimin." Jimin terhenti. Dia berpaling. Setiausahanya mendekati.

"Ada orang nak jumpa."

"Siapa?"

"Adik Puan Hessa."

Terus menggigil kaki Jimin. Matanya mula meliar ke sana dan ke mari. Mencari susuk tubuh itu.

"Mana dia?"

"Dah dekat dalam bilik tuan." Jimin menelan liur. Rasa macam nak menyumpah pun ada. Mentang-mentanglah ada kaitan dengan Hoseok dan Nara, suka hati je datang tak buat appointment.

"Okey, terima kasih."

[COMPLETED] If I Be Your Wife 내가 네 아내라면 (Jimin BTS)Where stories live. Discover now