"Daelia masih hidup."
Senyap. Hoseok diam, aku diam, Jimin pun diam. Kak Nara tiada. Mungkin Hoseok menghalang Kak Nara melepak bersama dengan kami di kafe. Aku dah tahu dah semua cerita ini. Rupa-rupanya, Daelia itu adalah bekas tunang Hoseok. Mereka putus atas sebab keluarga Daelia mahu memutuskan hubungan dan mahu Hoseok mencari yang lain, dan lagi satu sebab, Daelia ada kanser pangkal rahim. Jimin pula ada kena-mengena. Dia dan Daelia pernah menaruh harapan untuk bersama tapi kerana Hoseok, Jimin mengundur diri.
Aku agak bersyukur sebab Hoseok potong jalan suami aku. Kalau tak, aku tak akan kahwin dengan Jimin walaupun dia tak sayang aku. Cehh.. sedih.
"Haerin kata dia pelik. Aku rasa dia buang rahim dia, that's why emosi dia tak stabil. Lebih kepada dia tertekan sebab insecures dengan semua perempuan yang ada rahim." Kata Jimin, membuat kesimpulan. Aku terangguk-angguk. Faham. Aku faham apa yang suami aku ucapkan sebab aku ahli perubatan. Jadi aku faham apa yang dia nak maksudkan.
"Aku dah jumpa dia, Jimin." Aku tergamam. Hoseok nampak serius dan merayu.
"Seok, awak dah kenapa? Dia dah bersuami." Kata aku. Hoseok dia menunduk. Wajah diraup dengan tangan.
"Saya masih ambil berat tentang dia." Kata Hoseok. Aku terhidu bau sesuatu yang pelik. Bukan aku tak tahu kisah dia dan Kak Nara. Kak Nara banyak kali membazir air mata kerana sikapnya yang sukakan dua wanita dalam satu masa. Hairan.
"Jangan buat kerja gila. Nara tengah mengandung tau. Apa dia fikir kalau kau nak jumpa bekas tunang?"
"Aku pernah cintakan Daelia, dan perasaan tu tak boleh pudar dengan senangnya walaupun dah hampir dua tahun." Aku dan Jimin sama-sama tergamam. Parah ni.
"Jadi sebenarnya selama ni kau masih sayangkan Daelia lah?" Tebak Jimin terang. Aku memegang tangannya, menyuruh dia bersabar. Ada api kemarahan dalam anak mata itu.
"Ya, aku masih sayangkan Daelia. Kau tak ingat ke, yang aku kata aku nakkan Nara dan Daelia dalam satu masa. Aku memang tamak."
"Gila."
Aku pula yang kebingungan. Jadi Kak Nara tu untuk apa? Anak dah nak masuk dua, setiap hari aku nampak dia menahan sakit akibat tendangan perut. Aku rasa Hoseok benar-benar tak adil.
Jimin dah tergeleng-geleng. Hoseok nampak bersalah kerana jujur. Tapi memang, jujur itu sakit dan perit. Macam aku dan Jimin.
"Aku nak tahu keadaan dia sekarang. Kenapa dia nak putuskan hubungan dulu kalau dia ambil keputusan untuk buang rahim? Kau faham tak, dia macam nak mengelak dari aku tau. Lepas tu kahwin dengan orang lain." Luah Hoseok. Jimin diam, aku berfikir. Betul juga apa yang Hoseok cakap tu.
"Tapi dah terlambatlah, Seok. Dia isteri orang, awak suami orang. Kak Nara tengah mengandung, takkanlah awak sanggup curang?" Aku cuba masuk campur. Tapi apa yang aku dapat adalah jelingan tajam Jimin. Dia tak bagi aku masuk campur nampaknya. Jadi aku diam.
"Bukan curang. Tapi saya nak tahu kesihatan dia je. Lepas saya tahu semua cerita, saya sendiri akan undur diri."
"Kau yakin kau nak undur diri macam tu je? Alah, Seok. Bertahun-tahun kita kenal. Sedangkan aku yang sukakan Daelia dulu pun kau caraskan?" Aku pandang Jimin. Spontan tangannya kau capai dan genggam erat. Tegang suasana. Aku risau.
Hoseok diam. Airnya yang sudah nampak rasa tawar disedut. Aku langsung tak lepaskan tangan Jimin. Karang tak pasal-pasal bertumbuk, lain jadi karang. Aku rasa syukur sebab ada dekat sini sekali.
Tapi aku tak sangka, Daelia itu menjadi rebutan mereka berdua. Aku tak rasa pun cemburu, tapi aku rasa kesian dekat Kak Nara. Apa reaksinya kalau Hoseok balik ke bilik dalam keadaan wajah yang tegang. Aku harap semuanya baik-baik sahaja.
YOU ARE READING
[COMPLETED] If I Be Your Wife 내가 네 아내라면 (Jimin BTS)
Fanfic"Awak sudi nak jadi isteri saya?" "Eee... dahlah tanya tak romantik. Kasar." "Nak ke tak nak?" "Nak. Tapi dengan satu syarat. Kalau saya jadi isteri awak, mampu ke awak membahagiakan saya?" Park Jimin. Ego, sombong, bongkak, hati beku dan yang pal...