Bab 22 💦

5.9K 729 15
                                    

Sampai sahaja aku di butik Kak Nara, aku disambut dengan keriuhan anak-anak Kak Hessa dan Helena. Riuh betul! Tapi yang hairannya, geng daddy-daddy pun ada sekali. 

"Mummy Haerin!" Si kembar menjerit, berlari mendapatkan aku macam biasa. Kak Nara dan Kak Hessa melambai. Aku sengih. Kedua belah tangan aku dah dipimpin.

"Bila sampai, Haerin?" Tanya Hoseok. Dia sedang menghirup kopi.

"Tadi. Kenapa ramai sangat ni?" Soal aku. Aku labuhkan punggung di tengah antara Kak Hessa dan Kak Nara. Duduk berhadapan dengan suami mereka. Helena dan si kembar macam biasa, kalau tak main penyapu, dia memanjat sofa. Aku tak tahulah itu anak lelaki ke perempuan.

"Abang ipar awak ni gatal..."

"Nak kahwin lagi satu?" Tebak aku. Menjerit semua orang. Aku ketawa berdekah.

"Gila ke?" Jungkook menjeling. Aku masih ketawa.

"Dia nak buat trip ke Jeju. Tidur sana, 3 hari 2 malam." Kata Kak Hessa. Kening aku terus ternaik.

"Wow. Macam best." Kata aku. Kak Nara terus tepuk bahu aku.

"Jomlah. Ajak Jimin." Kata Kak Nara sambil tersenyum teruja. Aku kerutkan dahi. Kemudian aku menggeleng.

"Tak naklah. Siapa nak jaga butik kalau saya pergi?"

"Tutuplah butik ni. Apa susahnya?" Kata Hoseok, selaku bos besar. Aku diam. Berfikir. Macam seronok. Tapi nak ke Jimin?

"3 hari jelah, Haerin. Saya tak potong gaji awak pun." Kata Hoseok lagi. Meyakinkan aku yang macam tak berapa nak yakin.

"Okeylah. Nanti saya tanya dia."

*****

Macam apa yang telah dibincangkan siang tadi, aku menanti Jimin selesai mandi untuk memberi tahu tentang percutian pendek itu. Sambil itu, aku menyediakan dia sedikit makan malam. Sekadar makanan yang ringan sahaja kerana dia sedang diet. Kononnya.

Sambil-sambil itu, aku scroll kumpulan perbualan yang sangat riuh. Lebih-lebih lagi Kak Nara. Bersemangat betul dia. Kak Hessa pun sama. Dia lagilah, tak pernah sangat berjalan di sekitar pantai Jeju. Rasanya ini kali pertama, bawa si kembar pula tu. 

Seronoknya... 

"Sengih-sengih ni kenapa?" Kepala aku terangkat. Wajah Jimin menjamah mata, dia sedang mengelap rambutnya yang lembap. Aku senyum.

"Awak..."

"Ya?"

"Nak cakap sikit boleh?" Kata aku. Jimin duduk di sebelah aku. 

"Cakaplah." 

"Kak Nara, Kak Hessa, Hoseok dengan Jungkook ajak kita pergi trip ke Jeju. Nak pergi?" Soal aku dengan berhati-hati. 

"Awak nak pergi ke?" Soalan aku dibalas kembali dengan soalan. 

"Saya tanya awak ni, Jimin."

"Saya tanya awak balik. Saya okey je. Kalau awak nak, saya okey." Kata Jimin. Aku terus membesarkan mata dengan mulut ternganga sedikit. Wahh, Jimin nak pergi!

"Serius?"

"Pernah nampak saya main-main ke?" Aku terus menggeleng. Akibat tak dapat tahan rasa teruja, aku memeluk leher Jimin. 

"Terima kasih, sayang."

○ ●●●● ○

Baru tak update sejam lebih dah rindu. Acaner nihhhh

[COMPLETED] If I Be Your Wife 내가 네 아내라면 (Jimin BTS)Where stories live. Discover now