Bab 9 💦

5.4K 823 59
                                    

"Muka bekas isteri saya sama macam awak. Sumpah."

"Bekas isteri?" Aku terperanjat. Aku pandang Jimin dengan riak wajah yang tak percaya. Dia sedang memandang ke depan, melihat langit. Kami berada di satu puncak bukit. Hanya kami sahaja. Duduk di atas boot depan kereta.

"Dia meninggal dunia, nahas kapal terbang."

"Pramugari?" Aku meneka dan dia mengangguk. Tertarik nafas panjang aku dibuatnya. Aku turut pandang hadapan.

"Masa tu.. dia tengah mengandung. Anak pertama kami. 5 minggu." Aku ternganga. Luas.

"Macam mana dia boleh bertugas kalau dia tengah mengandung?"

"Dia tak tahu, saya tak tahu. Masa bedah siasat, doktor baru bagitahu saya. Ada kesan darah melekat celah kaki, ketulan darah tu pun ada." Aku tak boleh tahan perasaan sedih. Separuh berani, aku peluk dia. Erat.

"Saya minta maaf."

Dia diam. Aku cecahkan kaki pada tanah dan pusingkan tubuh supaya berhadapan dengan Jimin dalam keadaan aku masih memeluknya. Aku usap belakang Jimin perlahan-lahan. Dia diam. Tapi lama-lama, aku rasa wajahnya melekap pada bahu aku dan pinggang aku ditarik perlahan. Aku senyum.

"Tak ada fakta kata, kalau lelaki menangis, hilang kelakian tau." Kata aku. Makin aku rasa badan aku dipeluk kuat. Aku cuma diam dan mengusap-usap belakang tubuh Jimin. Aku tak rasa apa-apa, tapi ada sesuatu yang cuba menjentik-jentik tangkai hati aku.

"Awak kena move on. Tak bolehlah sedih-sedih." Kata aku lagi. Pujuk.

"Saya terlalu rindukan dia."

"Muka saya kan sama macam dia. Jadi awak boleh lepaskan rindu dekat saya." Aku meleraikan pelukan dan senyum.

"Auw.. lelaki garang ni menangis." Spontan tangan aku mengusap pipinya yang basah dengan air mata. Jimin diam lagi. Kesian aku melihatnya. Terlalu menahan rindu sehinggakan terpaksa menurunkan ego dan menangis depan aku.

"Haerin.." dia pegang kedua belah tangan aku dari terus berada di wajahnya. Aku agak terkejut.

"Ya?"

"Kita kahwin?"

"Hah?"

[COMPLETED] If I Be Your Wife 내가 네 아내라면 (Jimin BTS)Where stories live. Discover now