Bab 51 💦

7.6K 700 9
                                    

Jimin menonong ke depan. Aku pula di belakang. Tengah fikir-fikir macam mana nak minta maaf. Lain macam betul Jimin kalau cemburu. Aku yakin dia cemburu dan marah. Gila ke? Kalau aku pun sama. Tapi itulah.. haih. Aku pun satu, tak fikir-fikir langsung.

Masuk sahaja ke dalam rumah, aku terus ke dapur. Aku buatkan pancake madu strawberry kegemaran dia sementara dia tengah mandi dan bersiap untuk tidur. Aku pula dengan tak tukar baju, terus ke dapur. Melekit juga badan, tapi nak pujuk punya pasal, aku berkorban.

Siap pancake, aku buatkan Nescafe panas. Tak lupa juga buah strawberry untuk dia makan begitu saja.

Selesai. Tapi, aku kena uruskan Mya pula. Aku capai bekas makanan Mya dan cuci. Kemudian aku ambil tiga jenis makanan. Daging mentah, ayam rebus dan ikan salmon. Aku letakkan dalam bekas tersebut.

"Meow..."

Aku tersenyum. Mya dah bergesel dekat kaki aku. Aku terus bawa dia ke bilik kosong dan makan di situ.

"Makan elok-elok." Aku usap kepalanya. Setelah itu, aku keluar dan masuk ke bilik pula. Jimin sedang duduk di meja kerja dalam keadaan tak berbaju dan hanya berseluar pendek. Aku mendekatinya.

"Awak..."

"Hmm..."

"Pergi makan sikit. Saya ada buat pancake." Kata aku sambil memeluk lehernya. Jimin cuma menggumam. Tapi aku tetap senyum. At least dia nak!

"Makan tau. Saya mandi sekejap."

"Ya."

Aku tersenyum senang. Pipinya aku kucup laju dan pantas masuk ke dalam tandas.

Jimin menarik nafas panjang. Wajahnya diraup berkali-kali. Bengang dan terpujuk dalam satu masa. Kena layan baik macam ni pun dia dah mencair. Macam mana nak merajuk lama-lama? Urgh!!!

******

Aku baring selepas siap uruskan diri. Mata mengantuk. Jimin dah terbongkang lama dah.

Aku mengiring. Jimin terlentang. Aku tersenyum. Tubuhnya aku peluk erat dan letakkan tangan aku di atas dadanya.

"Tidur?" Soal aku. Jimin diam. Aku yakin dia tak tidur. Tapi aku tak nak desak dia. Jadi aku diam, sambil melukis abstrak bebas di atas dadanya yang terdedah menggunakan hujung jari aku.

"Sayang.. please. Don't tease me." Tangannya menangkap tangan aku. Terkejut aku dibuatnya. Tapi aku senyum.

"Marah lagi ke? I'm sorry."

"Gila ke nak marah lama-lama. Auww.. you make me crazy." Jimin pantas mengiringkan tubuh dan tarik aku ke dalam pelukan. Aku menjerit suka.

"Ingatkan nak marah lama-lama tadi. Sedap tak pancake?" Soal aku. Aku usap belakang tubuh Jimin dengan tangan perlahan-lahan. Saja mengusik ketenangan Jimin.

"Hmm.. sedap. Macam awak."

PAP!

"Aduh!"

"Padan muka." Aku mengetap gigi. Puas hati aku dapat menepuk belakang tubuhnya dengan tangan sekuat hati. Cakap lagi benda bukan-bukan.

"Jangan bagi Taehyung cium awak lagi." Kata Jimin tiba-tiba. Aku tak boleh tahan ketawa. Rasa nak cubit-cubit je. Comel sangat!

"Dah terbiasalah, awak. Kat UK memang macam tu."

"Tapi sekarang kita kat mana?"

"Korea."

"Then?"

Aku diam. Aku mendongak dan tak semena-mena hidung aku dicium.

"Kalau dulu boleh macam tu. Sekarang awak dah ada suami. Kalau anak kita nampak awak bercium dengan orang lain macam mana? Tak segan?" Terdiam aku. Tapi aku ada sempat menangkap sesuatu tadi.

"Anak?" Soal aku. Jimin menggumam.

"Hmm.. anak. Kalau nak ramai, anak-anak." Kata Jimin. Aku senyum. Tapi lepas tu, aku rasa sedih pula.

"Tapi saya masih belajar. Macam mana?"

"Maksud?"

"Macam mana nak mengandung kalau saya masih belajar?"

"Mengandung jelah. Sekarang pun boleh. Nak?" Aku ketap gigi lagi dan sekali lagi aku tepuk belakang tubuh Jimin kuat. Mengaduh lagi dia. Dengan ketawa. Aku longgarkan pelukan.

"Awak ni kan.. saya cakap betullah." Kata aku. Jimin masih ketawa. Dia kembali tarik aku ke dalam pelukannya.

"Dah, tidur."

Aku pejamkan mata. Tapi aku masih risau. Jimin sukakan budak-budak. Tapi aku masih belajar. Macam mana kalau... ah. Remeh jelah tu, Haerin. Kau boleh.

[COMPLETED] If I Be Your Wife 내가 네 아내라면 (Jimin BTS)Where stories live. Discover now