Bab 1 💦

9.8K 879 78
                                    

"Haerin!"

"Ya, Kak Nara?" Aku menapak ke depan kaunter butik ini untuk mendapatkan si pemiliknya. Helena yang baru sahaja pandai berjalan terkedek-kedek cuba mendapatkan aku. Aku angkat dan bawa ke dalam dukungan.

"Sekejap lagi kawan Hoseok nak datang, dia nak hantar laporan kewangan. Akak dengan Helena nak keluar sekejap. Dia merengek je ni sebab rimas." Kata Kak Nara. Helena cuba diambil dari dalam dukungan aku, tapi Helena senakin kuat memeluk leher.

"Tanak.. tanak.." aku ketawa. Helena sangat manja dengan aku. Kak Nara dah mengeluh. Faham sangat, dia penat menjaga butik pakaian jenama Hoseok dan menjaga Nara. Pula tu tengah mengandung anak kedua 15 minggu. Hmm.. aku tak tahulah macam mana Kak Nara boleh bertahan dalam umur 22 tahun ni. Muda lagi.

"Kalau macam tu, akak pergilah berehat dulu. Saya jaga Helena."

"Boleh ke? Akak tak sampai hatilah nak tinggal Haerin sendiri. Tak apa, Helena ni memang mengada ni. Sama je macam daddy. Jom, sayang."

"Tanak ikut mumehh..." tergelak aku. Macam nak tercekik aku dipeluknya. Kak Nara mengeluh. Bahu aku, Helena ditepuk-tepuk kuat. Menandakan dia protes dengan mummy dia.

"Okeylah. Kalau Helena tak nak ikut mummy, mummy bagitahu daddy."

"Bagitahulah.." Helena selamba menjawab. Besar mata Kak Nara. Aku ketawa kecil.

"Tak apalah, Kak Nara. Saya jaga Helena. Akak pergi berehat. Saya yang penat tengok Kak Nara macam ni."

"Terima kasih, Haerin. Bye, baby. Mummy kat belakang tau." Helena angguk-angguk. Tapi tak ada tanda-tanda dia nak melepaskan diri dari aku.

Kak Nara dah ke belakang, aku masih mengusung Helena ke sana dan ke mari. Sesekali dia membebel. Tanya macam-macam dekat aku.

"Auntie Haerin,"

"Ya..." aku menggantung kemeja lelaki di tempat khas.

"Kenapa mata auntie warna biyu?" Soal Helena. Dia tegakkan badan dia dalam dukungan aku, mata aku ditenung. Aku besarkan mata, mengagah. Menjerit Helena.

"Sebab.. auntie adik Mummy Hessa. Mata Mummy Hessa pun warna biru."

"Wahh.. Helena shuka mata Mummy Hessa. Mummy Hessa cantik." Kata Helena. Aku cuma senyum. Aku dan Kak Hessa adik beradik. Cuma nama dia fully british name. Aku pula fully korean name sebab aku dilahirkan di sini. Kak Hessa di Britian.

Ding dong..

Ding dong..

Aku memandang pintu. Seorang lelaki kemas berkemeja sambil memegang beberapa fail sudah berada di depan pintu. Ni mesti kawan Hoseok yang Kak Nara cakap tadi.

"Helena, auntie nak buka pintu. Helena main kat bawah eah?" Aku dah berkira-kira nak turunkan Helena. Tapi dia keraskan badan. Tak nak aku turunkan dia.

"Tanak."

"Eee.. manja tau!" Aku cium seluruh wajah Helena sambil berjalan ke depan pintu butik. Aku buka pintu tersebut.

"Kawan Hoseok eah?" Soal aku.

"Hmm.." kataya sambil mencium Helena. Helena menjerit-jerit suka.

"Oh, kalau macam tu, mas..." aku tak sempat nak buat apa-apa, lelaki ni dah masuk ke dalam dulu ke dalam keadaan KASUT YANG TAK DIBUKA.

Aku ternganga.

"Encik, kasut tu..."

"Nara! Saya dah sampai!"

Oh my God! Ada manusia macam ni ke kat dunia ni?!

○ ●●●● ○

Macam mana? Hehehehehehe semoga berjaya awak semua!

Haerin Hessa

[COMPLETED] If I Be Your Wife 내가 네 아내라면 (Jimin BTS)Where stories live. Discover now