Bab 62 (Final) 💦

10.8K 834 127
                                    

Aku masih di dalam tandas. Membersihkan rambut, cuci muka, mandi dan sebagainya. Dah pukul 3 pagi, tapi Jimin masih belum balik-balik lagi. Aku buka semua lampu biar dia tersentak sebab ada 'penyamun' masuk.

Aku keluar tandas. Aku pakai baju tidur dan mahu bergerak ke katil. Baru je aku nak duduk, pintu bilik terbuka luas. Aku terkejut beruk.

"Haerin Hessa!" Aku ketawa. Pucat muka Jimin. Aku belum sempat nak habiskan ketawa, tiba-tiba dia jatuh pengsan.

"Jimin!"

*****

Badan Jimin panas. Bersusah payah aku nak heret dia ke katil. Demamnya masih lagi tak kebah. Risau punya pasal, aku beli penampal dahi dan tampal pada dahinya. Seluruh badan dia aku turut tampalkan dengan benda tu. Biar sejuk sikit.

Aku tarik nafas panjang. Jimin demam panas teruk ni. Rasanya dah lebih seminggu kalau ikutkan tempoh masa yang Kak Hessa bagitahu. Aku baring mengiring. Aku lagakan pipi aku pada dada Jimin. Tembus kepanasan tu!

Kesian suami saya.

"Sayang... sayang..." aku tersentak. Tiba-tiba Jimin angkat tangan nak sebut perkataan sayang berulang kali. Matanya terpejam.

"Rindu..." auww.. nak menangis aku. Cepat-cepat aku turunkan tangan dia dan bawa ke pinggang. Aku peluk Jimin. Erat. Dia kembali diam dan berdengkur kecil.

Dulu mengigau nama Yaera. Sekarang mengigaukan aku. Auch!

*****

"Argh!"

"Aduh, awak. Kenapa jerit?" Aku tekup telinga dengan tangan. Jimin celik mata tadi, bangun tidur. Dia terus jerit. Mukanya kaget. Dah pagi. Aku tersengih.

"Selamat pagi, sayang." Bibirnya aku kucup sekilas. Jimin terkebil-kebil buat beberapa saat. Aku main angkat-angkat kening.

"Kenapa pandang macam tu?"

"Haerin.. awak ke? Isteri saya?"

"Ya. Saya dah balik ni." Kata aku.

"Takkan dah lupa saya? Sebulan pun tak sampai." Aku memuncung. Jimin macam tak tahu nak cakap apa. Dia kelu.

"Bila balik? Dengan siapa? Kenapa balik?"

"Balik malam tadi. Balik sorang je. Saya balik sebab saya..." aku main-main mata dengan Jimin. Kali ni, Jimin dah tak terkejut dah. Tapi dia macam nak naik angin. Aku tahu sebab apa.

"Sebab saya mengandung. Dan.. postpone study. So, saya baliklah!" Kata aku ceria. Perlahan-lahan aku nampak Jimin ternganga luas. Dia pandang muka aku, kemudian dia pandang perut aku. Dia ulang benda yang sama sampaikan aku nampak mata dia berkaca.

"Auww.. nak menangis ke?" Aku terus peluk Jimin. Aku usap-usap belakang tubuhnya. Jimin menangis diam. Aku tahu, dia sangat gembira dengan berita ni.

"Sayang, you're pregnant?"

"Yes. I'm pregnant. 3 weeks."

"Oh my God, sayang. I'm so happy." Aku ketawa. Habis muka aku dikucup tanpa henti. Argh! Macam ni ke rasa gembira? Aku tak pernah rasa bahagia seteruk ni.

[COMPLETED] If I Be Your Wife 내가 네 아내라면 (Jimin BTS)Where stories live. Discover now