Bab 26 💦

6.4K 740 36
                                    

Tak ada mood langsung aku lepas selesai makan, bersiar di dalam muzium tadi. Pandang Jimin pun aku rasa sakit hati. Sekarang, dah nak balik. Aku masih diam.

"Haerin, kenapa?" Soal Kak Hessa dalam suara yang perlahan dan berbisik. MPV ini dipandu oleh Hoseok. Jadi ditempat penumpang mestilah Kak Nara. Kak Nara memangku Helena. Sementara si kembar di belakang. Belakang si kembar adalah Jungkook dan Kak Hessa. Aku belakang sekali bersama Jimin. Tapi sekarang, Jimin, Hoseok dan Jungkook tiada masih di luar.

"Jimin lah..." aku mula merungut. Kak Hessa kerut dahi.

"Kenapa dengan dia?"

"Haerin nak anak patung besar tu, tapi dia tak bagi." Aku terus menunduk dengan rambut mengurai. Terus keluar ketawa Kak Hessa.

"Sebab itu pun gaduh?"

"Dia dah janji sebelum makan tadi. Tapi bila saya cakap je, mesti ada je benda dia nak caras. Benci!" Luah aku dengan kegeraman. Aku memandang Jimin yang ketawa-ketawa di luar dengan rakan yang lain. Lagilah aku sakit hati.

"Alah, biarlah. Dia tak nak awak peluk benda lain selain dia."

"Tu bukan sebabnya, Kak Hessa. Dia tu yang dengki! Eeee! Sakit hati betul!" Aku tak tahan lagi, aku jerit kuat-kuat.

Jimin yang berada di luar mengerutkan dahi seraya menoleh.

"Asal dia, Jimin?" Soal Jungkook. Jimin menjelirkan lidahnya, mengejek.

"Dia marah aku tak kasi dia beli teddy bear besar tu." Kata Jimin, tenang sahaja riak wajahnya. Jungkook dan Hoseok sama-sama ketawa.

"Sekarang bolehlah kau buat tak tahu je dia nak apa. Nanti.. kalau dia dah pregnant, macam-macam benda dia nak. Macam kakak dia tu. Pelik permintaan dia." Jungkook tergeleng teringatkan Hessa yang menginginkan sesuatu ketika mengandungkan Adriana dan Ariana.

"Dia minta apa?" Soal Hoseok. Jimin macam tak berapa minat mahu mendengarnya. Sekadar membelek skrin telefon.

"Dia kan bukan orang sini. Dia nak jumpa Shawn Mendes. Mana aku nak cari?!"

"Hessa dengan dia kan berkawan."

"Ya! Aku dah suruh buat vc, dia kata tak ada feel. Kena jumpa depan-depan dulu baru senyap."

"Habis, kau bawa dia?"

Jungkook angguk. Terlepas gelak Hoseok. Jimin garu-garu kening. Dia masih tak berminat.

"Bila boleh gerak ni? Jom. Dah nak malam. Aku penat." Kata Jimin. Terus tumpuan Hoseok dan Jungkook beralih. Mereka melihat jam di tangan.

"Hmm.. bolehlah. Jom."

Aku memeluk tubuh sambil menyandarkan tubuh dan memejamkan mata. Aku dah dengar pintu MPV terbuka. Jimin nak masuklah tu. Terus aku rasa kerusi terhenyak, ada orang duduk dekat sebelah.

Makin aku mendiamkan diri sahaja. Kakukan diri tanpa mencelikkan mata. Tiba-tiba, aku terasa pinggang aku ditarik. Terkejut aku. Pantas aku celikkan mata.

"Apa awak ni?!" Aku hampir ternaikkan suara. Tapi Jimin masih buat tak tahu. Makin tangannya kuat menarik. Terasa pinggang aku dicengkam lembut.

"Tidurlah." Kata Jimin. Dia tarik kepala aku supaya jatuh di atas bahunya. Tapi aku berdecit dan menolak.

"Jangan sibuklah."

"Haerin..."

"Apa?"

Aku membalas tenungan mata Jimin. Belum sempat aku berbuat apa-apa, Jimin kucup bibir aku laju. Terus besar mata!

"Helo? Yang kat belakang tu.. boleh tunggu tak? Aku tengah drive ni. Ada karang aku berhentikan kat tepi jalan dulu." Kata Hoseok. Aku terus buat tak tahu dan memeluk tubuh. Jimin ketawa. Dia masih tak puas dengan kemarahan aku.

Tanpa aku sangka, Jimin membawa tangannya memeluk pinggang aku menyebabkan kepalanya di atas dada aku dalam keadaan dia mengiring. Aku pejam mata rapat. Rasa nak jerit, tapi tak terkeluar ayat.

"Nak peluk pun tak boleh..." kata Jimin. Aku mengeluh. Aku kalah.

"Awak dah janji tadi."

"Tadi dah sold out. Membazir je kalau pergi ke situ tadi. Buat penat."

"Dia dah restock. Saya nampak." Aku masih tak puas hati. Aku usik-usik hujung hidung Jimin dengan hujung jari. Sesekali aku picit biar dia lemas tahan nafas. Geram aku!

"Nantilah." Katanya. Aku mengeluh. Akur. Dia masih memeluk aku dan tanpa aku sedar, dia dah berdengkur kecil. Penat agaknya.

○ ●●●● ○

Gabra ke saya tak update laju hari ni? Hahahaha hari ni ada driving class lah. Lewat skit. Malam nanti kita cuddle2 sampai pagi😊😊😊 mwahhh

[COMPLETED] If I Be Your Wife 내가 네 아내라면 (Jimin BTS)Where stories live. Discover now