Bab 21 💦

6K 730 45
                                    

Kejadian itu sudah lama berlalu. Hari ini, merupakan hari ke 10 aku menjadi isterinya. Aku dah mula terima perlahan-lahan, bahawa Jimin sedang cuba melupakan. Tetapi keadaan tidak mengizinkan.

Aku mula mesra, dia mula menerima. Tiada nama Yaera lagi disebut, sebaliknya dia banyak menyebut 'sayang' sahaja. Aku tak rasa apa-apa. Sebab itu bukan untuk aku.

Aku bangun saja, Jimin dah tak ada kat sebelah. Pintu tandas tertutup, bermakna dia dekat dalam. Dah pagi. Aku selak gebar ke tepi dan menurunkan kaki. Ketika aku tiba di hadapan pintu tandas, Jimin buka pintu.

Habis!

"Eh, Jimin! Awak dah kenapa keluar tak bagi amaran?!" Aku menjerit dan tutup mata. Apa yang aku dengar, Jimin ketawa.

"Badan saya cantik, okey. Tak ada buncit atau lemak berlebihan. Bukalah mata." Katanya. Aku ketap gigi. Terasa tangan sejuknya menyentuh pipi aku. Aku makin kuat ketap gigi.

"Apa awak nak buat ni, Jimin? Jangan main-mainlah!"

"Saya tak main-main. Cepat buka. Saya nak cakap sesuatu ni." Katanya. Aku alihkan tangan perlahan-lahan dan hanya memandang wajahnya yang masih basah dengan air mandian. Kaku saja aku merenungnya. Tak nak pandang tempat lain. Malu!

"Cepatlah.. nak cakap apa?"

"Belikan strawberry boleh?" Pintanya. Aku kerutkan dahi.

"Mana nak cari pagi-pagi ni, awak?" Mengeluh aku dibuatnya. Pagi-pagi dah minta yang bukan-bukan.

"Kat bawah ni ada kedai. Situ ada."

"Betul?"

"Ya. Teringin nak makan strawberrylah, sayang." Katanya. Aku tergeleng perlahan. Kedua belah pipinya aku pegang kuat.

"Macam budak-budak."

"Boleh tak, mummy?" Lemah lutut aku. Jimin tersengih. Aku kecilkan mata.

"Boleh. Cepat siap. Saya turun sekejap." Kata aku. Jimin angguk. Aku beredar. Mya yang kini berada di rumah barunya aku jenguk sekejap. Tidur lagi. Biarlah.

Cepat-cepat aku turun ke tingkat bawah untuk ke kedai, belikan suami strawberry!

○ ●●●● ○

Okay last untuk hari ni

[COMPLETED] If I Be Your Wife 내가 네 아내라면 (Jimin BTS)Where stories live. Discover now