Bab 50 💦

7.7K 708 23
                                    

"Sayang..."

"Hmm.."

"Filem apa ni?"

"Avangers Infinity War."

"Bosan."

Aku terus melongo. Terus terhenti kaki aku hendak melangkah masuk ke dalam. Jimin terlepas ketawa. Dia memeluk bahu aku dan kami sama-sama masuk.

"Filem ni bestlah, sayang. Jangan tidur tau, daddy. Teman mummy." Kata aku. Jimin mencebik. Buat-buat muka geli depan aku. Padahal aku tahu dia sebenarnya pun melonjak suka. Jangan ingat aku tak tahu. Dia tengah behave.

Aku dan Jimin mengambil tempat. Waktu itu, sudah hampir penuh ruangan ini dengan semua orang. Jadi aku macam agak ketinggalan jugalah. Mula sahaja ditayangkan, aku senyap.

******

Sampai ke malam aku dan Jimin masih lagi tak pulang-pulang. Lepas menonton wayang tadi, makan. Kemudian Jimin berkata dia mahu mencari beberapa barang keperluannya. Baru aku tahu, Jimin cerewet dalam pemakaian.

Puas aku tunjuk itu dan ini, tapi dalam 10 helai baju aku cadangkan, cuma satu sahaja dia terima. Itu pun puas aku pujuk. Entah jenis macam mana lagi dia nak. Aku pun tak faham.

"Penat?" Soal Jimin apabila aku dan dia selamat masuk ke dalam lif. Dia terdengar aku mengeluh agaknya.

"Penat. Satu hari bergerak." Aku senyum. Jimin membalas senyuman aku.

Ting! Lif berhenti. Pintu terbuka, menandakan ada orang mahu masuk. Aku memandang ke depan.

"Eh, Rin!"

"Tae!" Taehyung muncul depan mata aku. Aku punya teruja, macam terlupa Jimin ada dekat sebelah. Taehyung dan aku sama-sama berpelukan. Biasalah, budaya luar terbawa-bawa ke tempat orang. Bersahaja Taehyung cium pipi aku. Aku pun menerimanya. Dah terbiasa.

"What are you doing here?" Soal Taehyung. Punat level G ditekan. Sama macam aku.

"Dating with shuben." Aku pandang Jimin. Itu dia.. dia langsung tak pandang aku.

"Oh, aku tak perasan ada husband kau." Kata Taehyung. Wajahnya juga berubah. Keadaan jadi janggal bila Jimin langsung tak pedulikan Taehyung. Taehyung pula nampak macam bersalah. 

Aku? Aku rasa sekejap lagi mesti ada nuklear meletup.

Ting!

Belum sempat aku ucapkan selamat tinggal dekat Taehyung, pinggang aku terus dipaut kuat. Laju Jimin berjalan, aku pejam mata rapat. Haerin.. kau leka tadi dah kenapa?!

"Kejap, Jimin."

"What?" Aku mengeluh. Jimin makin kuat memaut, aku terpaksa berjalan laju. Sampai di kereta, aku tak terus masuk.

"Jimin, wait. Dia kawan saya je. Kenapa nak marah?"

"Masuk."

"No, listen first."

"Saya kata masuk!" Okey, Jimin marah. Aku tak terkejut, tapi aku risau dia tertekan. Jimin mudah naik darah sekarang kalau ada sesuatu yang berlaku dekat aku. Aku bimbang dia sakit kepala.

Aku masuk. Jimin hidupkan enjin kereta. Tak sempat panas lagi, tak sempat pakai seatbelt, laju kereta dia bergerak. Tersentak aku.

"Sayang, relaks. Let me explain you."

"You look so happy when he kissing you. Nak explain apa lagi?" Aku menekup muka dengan tangan. Aku tak nak menjawab apa-apa, aku biarkan dia sejuk dulu. Kadang-kadang aku hairan juga, sejak bila Jimin panas baran? Pelik aku. Emosi dia macam terganggu. Mesti banyak sangat kerja.

Kesunyian melanda. Aku mengeluh. 

[COMPLETED] If I Be Your Wife 내가 네 아내라면 (Jimin BTS)Where stories live. Discover now