Bab 12 💦

5.3K 755 26
                                    

Aku sambut huluran dokumen tu. Langsung aku tak pandang dia. Takut!

"Kenapa tak nak pandang saya?" Aku rasa macam baru kena simbah cat kat muka. Kenapa dia tahu aku tak nak pandang dia?!

"Takut?" 

"Ma.. mana ada?"

"Habis tu kenapa gagap?"

Aku diam. Aku buat-buat sibukkan diri nak kemas itu ini. Jimin ada dekat sebelah aku. Pandang aku, tenung, macam nak tembus!

"Haerin..." aku diam. Tak nak jawab. Entahlah, tiba-tiba rasa malu.

"Haerin..." aku diam lagi.

"Haerin Hessa!" Aku terkejut. Dipegangnya kedua belah bahu aku supaya berhenti menyibukkan dan diri dan berhadapan dengan dia. Aku usap dada.

"Ke.. kenapa?" Aku bertanya. Muka dia sangat serius sekarang ni. Mata aku dipandang tajam tanpa berkelip.

"Dah bersedia nak jadi isteri saya?" Soalnya. Aku tertelan liur. Mujur tak tersedak.

"Err.. saya.." aku tak ada jawapan yang boleh menyedapkan hati. Aku takut!

"Awak takut dengan saya ke?" Macam mana dia tahu?!

"Tak, saya tak takut. Tapi saya..."

"Awak dah janji nak tolong overcome masalah saya." Dia memberikan aku satu perasaan serba salah. Ya, memang aku dah janji. Tapi dengan cara berkahwin. Aku masih kaku. Tangannya jatuh dari bahu aku. Wajahnya mula kendur. Seperti kecewa.

"Kalau awak tak nak tolong, tak apalah."

"Eh, Jimin. Janganlah macam ni. Saya..." 

"Awak sudi nak jadi isteri saya?" Soalnya, sedikit kasar dan mendatar. Aku mencebik.

"Eee... dahlah tanya tak romantik. Kasar." Lupa sekejap pasal ketakutan tadi.

"Nak ke tak nak?" Jimin tanya lagi. Kali ini lebih perlahan, berbisik dan romantik. Jangan cair, Haerin. Jangan.

"Saya ada satu soalan." Kata aku. Jimin berdecit.

"Jawab dulu nak ke tak nak?" Aku menarik nafas panjang. Nak ke tak ni, Haerin? Nak ke tak nak?

"Nak." Tahniah dearself. Selepas itu, aku nampak Jimin tersenyum. Eh, dia senyum?

"Tapi dengan satu syarat." Sambung aku. Terus senyuman dia mati. Aku dah agak dah. Kalau aku cakap syarat ni, mampu ke dia jawab? Ke muka dia terus tertunduk? Haih... risau aku.

"Apa dia?"

"Kalau saya jadi isteri awak, mampu ke awak membahagiakan saya?" 

Dan betul telahan aku, kepala dia tertunduk.

[COMPLETED] If I Be Your Wife 내가 네 아내라면 (Jimin BTS)Where stories live. Discover now