Aku menanti Jimin keluar dari rumah dengan perasaan yang cukup berdebar. Jantung aku laju, menandakan aku betul-betul dalam keadaan yang galau. Tak tenang.
Aku terdengar bunyi pintu bilik terbuka. Kemudian Jimin menapak ke pintu rumah, pakai kasut dan dia terus keluar. Aku yang masih baring di sofa terus angkat kepala.
"Yes! Dah pergi kerja!" Aku pantas bangun dari sofa dan ke bilik Jimin untuk menggeledah segala laci, ruang dan tempat untuk aku mencari kunci. Kunci yang ada di dalam bekas kunci, tiada yang sesuai dengan pintu itu. Aku mencari lagi di laci meja solek. Tiada. Laci meja lampu tidur pun tiada. Berpeluh muka aku. Panas.
Hati aku tergerak hati untuk ke almari. Aku buka almari besar ini. Mata aku terus tertumpu ke arah satu laci. Aku buka.
Alangkah terkejutnya aku apabila ternampak satu bekas cincin, sekeping gambar wanita, dan satu kunci yang aku rasa inilah kunci yang aku cari selama ni. Menggigil tangan aku ingin mengambilnya.
Jimin.. aku tak tahu kenapa hati aku menangis mengenangkan dia. Cincin itu, gambar itu. Gambar itu sangat cantik. Yaera sangat cantik dengan senyumannya. Ya.. aku rasa macam aku di dalam gambar ini.
Aku teringat tentang kunci. Perasaan aku tak sabar. Aku terus keluar dari bilik dan ke bilik misteri itu. Aku pantas cuba membuka kunci.
Klek.
Ya Tuhan, boleh! Memang ini kuncinya. Dengan pantas aku tendang perlahan. Bunyi pintu ini terlalu lama. Menimbulkan rasa berdebar aku.
Aku petik lampu.
"Oh my God!" Aku terduduk. Mata aku terbuntang luas kerana tidak percaya dengan apa yang aku lihat. Menggigil badan aku.
Di dalam bilik ini, terdapat satu jasad mannequin berwajah Yaera buatan manusia berkurung di dalam satu bekas kaca. Siap berbaju dan bersolek. Ada senyuman. Aku betul-betul tersentak.
Sampai macam ni sekali 'kenangan' yang Jimin katakan. Aku rasa nak menangis. Kabur.
Aku bangkit dari duduk dengan perlahan-lahan. Cuba mencari kekuatan yang aku sendiri hilangkan tadi. Hati aku tiba-tiba nak rasa marah.
Macam mana aku nak buat dia cintakan aku kalau dia sendiri simpan 'aku' yang lain dalam rumah ni?
Aku nekad. Aku nak pecahkan mannequin ni. Aku maju, aku melihat sekeliling bilik. Ada baju yang dilekat ke dinding, baju Yaera aku rasa. Kostum pramugari. Ada potret Yaera. Aku pegang bekas mannequin ni. Aku nekad.
"Saya minta maaf, Jimin. Saya terpaksa."
PRANG!!!
"Haerin Hessa! Apa yang kau buat ni?!"
Aku tersentak. Jimin tegak berdiri di depan pintu, dengan muka yang merah padam.
YOU ARE READING
[COMPLETED] If I Be Your Wife 내가 네 아내라면 (Jimin BTS)
Fanfic"Awak sudi nak jadi isteri saya?" "Eee... dahlah tanya tak romantik. Kasar." "Nak ke tak nak?" "Nak. Tapi dengan satu syarat. Kalau saya jadi isteri awak, mampu ke awak membahagiakan saya?" Park Jimin. Ego, sombong, bongkak, hati beku dan yang pal...