Bab 18 💦

5.7K 762 27
                                    

Memandangkan aku tak kerja, jadi aku mengambil keputusan untuk meneroka rumah Jimin. Tapi sebelum itu aku mengemas dulu. Menyapu, mengemop, mengelap. Walaupun masih bersih, tapi tetap juga berhabuk pada mata aku.

Aku letakkan semua peralatan ke dalam stor dan mula meneroka semua pelosok rumah. Ketika aku melewati kawasan bilik, mata aku tertumpu pada sebuah bilik yang pintunya berwarna coklat. Lain. Tombolnya juga lain.

Tergerak hati aku nak buka. Jadi aku terus pulas.

"Kunci?" Aku angkat kedua belah bahu. Mungkin bilik tak guna. Lantas aku biarkan sahaja dan ke bilik. Aku masih belum puas nak mengenali Jimin.

Drtt.. drtt..

Drtt.. drtt...

Aku membelek gambar-gambar Jimin di meja solek sambil mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluar jeans. Aku tengok skrin. Spontan aku tersenyum.

"Helo, Jimin."

"Helo. Buat apa?"

Aku bergerak ke ruang balkoni sambil memeluk tubuh dengan sebelah tangan.

"Tengok gambar awak. Dekat bilik." Kata aku. Aku dengar Jimin ketawa kecil. Aihh.. awak ketawa pun dah teringatkan saya.

"Datang office saya boleh? Tak boleh buat kerjalah." Kata Jimin. Aku punya tak boleh tahan ketawa, terus besar ketawa aku. Cuma masih sopanlah. Tak keluar lagi anak tekak.

"Tak naklah. Malu."

"Nak malu apa? Datang jelah pakai baju. Jangan tak pakai, memanglah malu." Sakatnya. Aku berdecit.

"Saya tak main-mainlah, awak."

"Saya pun sama. Datang jelah."

Aku diam. Berkira-kira. Seronok juga. Boleh tolong Jimin buat kerja!

"Okeylah. Saya datang."

"Okay, sayang. I'm wait." Aku tersenyum lebar dan angguk-angguk kepala.

"Tunggu tau."

"Ya."

Panggilan tamat. Akibat terlalu teruja, aku menjerit kecil. Argh! Jimin rindu aku!

Awak tunggu saya, Jimin. Saya buat awak jatuh cinta dengan saya!

○ ●●●● ○

Sebenarnya cerita ni full with conflict. Lepas ni memang penuhhh je dengan patah hati. Lepas ni lah lepas ni.

[COMPLETED] If I Be Your Wife 내가 네 아내라면 (Jimin BTS)Where stories live. Discover now