Bab 59 💦

6.8K 652 20
                                    

"Teruk sangat dah kau ni, Jimin. Aku rasa perut kau pun dah kosong ni." Omel Hoseok apabila dia melihat rakannya tak henti-henti ulang alik ke tandas kerana cirit birit dan muntah-muntah. Sampai pucat lelaki ini.

"Aku rasa nak mati dah ni." Kata Jimin. Hoseok menggeleng-geleng.

"Aku peliklah, kau okey. Doktor pun kata kau okey. Darah kau normal. Nak kata kau salah makan, macam menipu je. Ke kau gastrik?"

"Kalau gastrik mestiah doktor tahu." Kata Jimin dengan suara jelak. Tajam dia memandang si kawan yang bengapnya tak hilang-hilang. Dah tentu dia sendiri bagitahu tadi, doktor kata dia baik-baik sahaja. Ini boleh pulak cop kena gastrik.

"Alah.. aku gurau je. Jangan emo." Kata Hoseok. Jimin pejamkan mata. Nak muntah pulak.

"Aku dah lama tak call Haerin. Dia macam mana? Okey?" Soal Jimin. Hoseok mengangguk-angguk.

"Okey. Hessa bagitahu dia elok je. Tapi minggu ni dia tak bagitahu apa-apa pun." Kata Hoseok. Jimin batuk kecil.

"Aku tak boleh pegang telefon lagi. Tengok skrin pun aku rasa pening."

"Wuish. Pelik kau ni."

Jimin diam. Dia lebih gemar duduk dan tidur. Daripada membebel dengan Hoseok yang entah apa-apa ni.

Baru je Jimin hendak tidur lena, tiba-tiba saja telefon bimbit Hoseok berbunyi. Jimin buka mata sikit.

"Siapa?"

"Nara." Hoseok terus angkat. Jimin pejam mata.

"Helo.. daddy?"

"Eh, sayang. Kenapa call daddy ni?" Jimin kembali pejam mata. Anak beranak, biasalah.

"Daddy, mummy jatuh tandas. Pastu.. darah kuar banyak."

"Apa?!"

Jimin punya tersentak, terangkat bahu dia. Dipandang Hoseok cemas mahu kemas meja selepas selesai bertelefon tadi.

"Kenapa, Seok?"

"Nara jatuh bilik air."

Jimin terus buntang mata. Dia pun turut cemas.

"Habis tu macam mana ni?"

"Kau.. kau ikut aku. Eh, nanti mesyuarat macam mana? Ah, tak apalah! Jom!"

[COMPLETED] If I Be Your Wife 내가 네 아내라면 (Jimin BTS)Where stories live. Discover now