Bab 23 💦

6.4K 754 45
                                    

Hoseok, Kak Nara dan Helena satu kereta. Jungkook, Kak Hessa dan si kembar satu kereta juga. Aku dan Jimin.. mestilah satu kereta juga! Kami cuma satu bagasi. Jimin lelaki, ringkas saja pemakaiannya. Jadi dia kata, dia tak nak membazir ruang. Jadi satu bagasi sahaja yang diperlukan untuk mengisi pakaian aku dan dia. Lainlah kalau Kak Nara dan Kak Hessa. Mereka ada anak dan banyak keperluan yang perlu di bawa. 

Aku masuk ke dalam perut kereta. Jimin masih di luar. Berborak dengan Hoseok dan Jungkook. Aku membiarkan. Tetapi penampilannya hari ini.. sangat santai. Haih.. jatuh cinta rasanya.

Sambil itu aku mencari sesuatu di Google

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sambil itu aku mencari sesuatu di Google. Ada kerja yang perlu aku selesaikan sebenarnya. Ada lagi dua bulan untuk aku masuk ke semester seterusnya di UK. Jadi ada beberapa junior yang mesej aku untuk membuat persediaan bagi diri mereka. Aku pula beriak biasa sahaja. Malas nak kelam-kabut. Nanti kelaut.

Aku menoleh apabila Jimin masuk ke dalam kereta. Cap yang tersarung di buka, jaketnya juga dibuka. Terserlah terus tubuh badannya yang kecil itu. Dengan aku, dia besar sikit je. Kalau tak, mungkin kami nampak macam sama saiz.

"Dah nak gerak ke?" Tanya aku. Jimin angguk.

"Haah. Sekejap lagi. Hoseok macam nak muntah tadi. Masalah betul dia tu." Kata Jimin sambil tergeleng. Aku ketawa.

"Biasalah, morning sickness."

"Saya curious pasal benda tu." Aku tak jadi memandang skrin telefon. 

"Benda apa?"

"Morning sickness tu." Aku menganga kecil. Tak sangka langsung yang Jimin akan tanya soalan tu. Kereta bergerak perlahan, aku masih diam.

"Saya... saya tak tahulah. Sebab saya tak pernah rasa. Kenapa tanya?" Soal aku. Aku tutup telefon dan masukkan ke dalam beg. Sekarang ini, Jimin lebih menarik dari telefon bimbit.

"Saja. Selalu je nampak perempuan mengandung muntah, pening. Kadang-kadang lelaki pun sama. Pelik." Kata Jimin. Dia garu kepala. Aku mengangguk-angguk dan hanya senyum sahaja. Tak tahu nak balas apa-apa. 

"Haerin." Panggil Jimin apabila suasana terasa sunyi. Hanya bunyi radio sahaja berkumandang.

"Ya, awak."

"Saya teringin nak ada anak." Aku terkedu. Aku tak toleh memandangnya. Tak sanggup hendak melihat wajah itu sedang tersenyum dan membayangkan sesuatu yang tak mungkin aku dapat bagi. Sebab.. kami tak pernah pun bersama. Tidur sekatil, tapi jangan harap nak ada benda pelik-pelik dekat situ. Aku tak meminta, cuma kadang-kadang aku rasa bersalah jugalah. Manalah tahu kalau-kalau dia... nak ke?

Eh, apa ni?

"Awak suka budak-budak ke?" Tanya aku. Jimin mengangguk laju.

"Suka. Suka sangat. Sebab tu bila tengok kawan-kawan sendiri dah ada anak, cemburu." Haerin, apa kau nak buat ni? Kau nak cakap apa?

"Kalau ada, adalah nanti." Hanya itu. Memang tak akan ada sampai bila-bila! Aku berani kerat kuku. Kalau kerat jari, nanti sakit. Kerat kuku je tak sakit. 

"Anak saya ada dekat Syurga." Aku dah terdiam. Dia sebut tentang anaknya yang keguguran. Eh, tak boleh jadi ni. Karang dia terikat Yaera, mati aku.

"Err.. awak?" Aku membetulkan duduk. Menghadapnya. Jimin angkat kedua belah kening.

"Apa?"

"Saya ada satu teka teki." Aku main bantai je apa-apa supaya Jimin tak ingat tentang Yaera. Nampak tak, pergorbanan seorang isteri? Aku sanggup nampak bodoh depan Jimin semata-mata tak nak dia sebut dan ingat Yaera. Dia dah nak lupa dah sebab dah lama dia tak sebut. Tidurnya pun lena. Kalau meracau, dah sedia nak peluk. Bila peluk, dia terus senyap dan berdengkur kecil. 

"Teka teki? Apa?"

"Apa beza... Jungkook dengan arnab?" Maaf, abang ipar. Terpaksa.

"Teka teki apa ni, sayang? Ni macam dengki je." Jimin ketawa. Terus keluar matanya tersenyum. Wow.. aku agak bangga sebab Jimin ketawa lebar macam ni. 

"Tak, ni bukan dengki. Cepatlah, jawab. Apa beza dia?" Aku masih mendesak. Jimin diam menggumam. Matanya fokus ke jalan raya. Tapi aku fokus padanya.

"Arnab melompat. Jungkook berjalan."

"Salah."

"Err... Jungkook dengan arnab ada gigi yang sama."

"Tu persamaanlah, daddy."

Jimin tak tahan ketawa. Aku pun sama. Kalau Jungkook tahu, aku buat bahan dia untuk hiburkan Jimin, mati.

"Then, what? Saya tak boleh fikir." Kata Jimin. Aku berdehem-dehem. Aku kena kuatkan mental untuk memberitahu jawapan ini. 

"Jawapannya, awak cuba bayangkan arnab sekarang. Dan Jungkook," Jimin mengangguk. Aku menyambung.

"Okey, cuba sebut perkataan 'arnab'."

"Arnab." Jimin ikut.

"Then sebut 'Jungkook'."

"Jungkook."

"Jadi itulah beza dia." Aku terus betulkan duduk dan pandang depan. Beberapa saat kemudian, aku terima jeritan kuat dari Jimin. Terus leher aku di'handlock' tangannya. Aku ketawa berdekah. 

"Eee.. dengki!" Jimin usik-usik pinggang aku. Aku punya jerit, habis satu kereta. Dah tak peduli Mya yang sedang tidur dekat belakang. Kalau dia terkejut sampai terberak, aku tak tahulah nak cakap.

"Stop! Saya geli!"

"Saya bagitahu Jungkook." 

"Jangan!" Aku tegakkan badan. Jimin masih tersenyum. Akhirnya.. dia senyum juga. Aku menarik nafas lega. 

Untuk awak, apa saja saya akan buat. Asalkan awak tak beri saya kedukaan lepas ni.

[COMPLETED] If I Be Your Wife 내가 네 아내라면 (Jimin BTS)Where stories live. Discover now