Bab 45 💦

8.7K 729 24
                                    

Aku merenung kalender yang berada di atas meja tidur. Kalau ikutkan kalender dan hari yang berlalu cepat, tinggal dua minggu lagi sebelum aku masuk semester yang seterusnya. Jadi aku kena bersiap-siap untuk ke UK. Aku belum bagitahu Jimin lagi tentang ni. Aku pun sebenarnya tak pernah bagitahu dia pasal ni. 

Aku baru je nak seronok-seronok, kena tinggal Jimin pula. Haih.. sedih aku. Aku rasa, dia dah boleh move on perlahan-lahan. Mengigau pun dah jarang. Kalau tak, asyik sebut nama Yaera je. Aku tak cemburu, tapi aku risau. 

Jimin nampak elok sejak bilik tu dah berkemas. Cincin, gambar dan kunci bilik tu pun dah tak ada. Sebab bilik tu terbuka 24 jam. Sentiasa boleh menjadi lokasi Mya dan aku berkejaran, bermain dan berguling. Kadang-kadang Jimin pun ikut sekali. Mya jeling je kalau aku dan Jimin berdua. Cemburu. Kah!

Aku mengeluh. Jimin yang baru masuk ke bilik terus kaku di depan pintu. Aku sengih.

"Kenapa berdiri dekat situ? Meh sini, duduk." Aku tepuk-tepuk sebelah tempat aku yang kosong. Jimin ketawa.

"Kenapa mengeluh?" Soalnya. Aku diam. Dia duduk, selesakan punggung atas katil, barulah aku buka cerita.

"Lagi dua minggu nak masuk sem seterusnya. Awak okey ke kalau saya ke UK untuk 6 bulan?" Aku terus tanya tanpa mempedulikan wajah Jimin yang baru je nak ceria. Lepas aku cakap macam tu, bahunya terus terjatuh dan wajahnya berubah.

"Last sem ke ni?" Aku geleng.

"First sem untuk tahun yang kedua." Kata aku. Lagilah Jimin nampak sugul. Tempoh pembelajaran aku adalah dua tahun setengah. Jadi aku perlu menempuhi beberapa semester lagi untuk grad. 

"Pindah sini jelah. Belajar dekat sini." Kata Jimin. Aku membetulkan duduk, berhadapan dengannya. Tangannya aku capai dan bawa ke riba.

"Kalau saya pindah.. saya kena ulang balik. Tak naklah. Sayang je membazir setahun." Kata aku, menggeleng-geleng tak mahu. Jimin dah tayang muka tak puas hati. Aku tahu dia nak cakap apa.

"Habis suami dekat sini tak sayang?" Aku dah agak dah!

"Sayang. Tapi, suami ni sampai bila-bila. Belajar sementara je." Aku cuba memujuk walaupun aku sendiri pun rasa tak sampai hati nak tinggalkan Jimin dekat sini. Aku pula belajar dekat sana. Jauh. 

"Nanti saya uruskan pemindahan awak ke sini." Kata Jimin, tetap juga nak aku pindah. Aku garu kepala. 

"Tapi, lecehlah awak nak pindah tu. Kena buat itu, buat ini, daftar itu, daftar ini. Silap-silap saya kena ulang balik sama macam junior yang lain. Lagi lambatlah sambung belajar." Kata aku. Dah tak sedap hati ni. Terpaksa memulakan semula. 

Jimin pula diam. Macam berfikir.

"Tangguh jelah study awak tu." Ujar Jimin. Siap senyum lagi. Aku berdecit.

"Mana boleh. Saya nak jadi doktor." 

"Nak jadi doktor? Untuk apa?"

"Merawat hati awak." Aku sentuh dadanya dengan hujung jari bersama senyuman paling manis yang pernah aku lemparkan selama hidup 21 tahun ini. Jimin terus ketap bibir, jeling, senyum. Lain macam je senyuman dia. Risau aku kalau jadi apa-apa nanti. 

"Sayang..." aku angkat kepala.

"Hmm?"

"Jom." Kening aku berkerut. Jimin tiba-tiba tarik tangan aku. Tangannya tutup lampu. Eh, apa benda ni?

"Jom pergi mana?"

"Kita pergi ke Syurga." 

Aku ketawa besar. Sejak dah berbaik ni, gurauan dia makin 'kasar'. Sampaikan aku pun rasa malu. Dia pernah ceritakan dekat aku, masa aku cuba nak goda dia pakai baju jarang. Argh! Nasib baik cuma baju jarang. Kalau lingerie ke.. Haerin! Jangan bayangkan semua baju-baju tu! 

[COMPLETED] If I Be Your Wife 내가 네 아내라면 (Jimin BTS)Where stories live. Discover now